Kesedaran kesihatan mempengaruhi kadar penuaan di bandaraya Kuala Lumpur

Farah Elisha Mohd Adnand, and Rosniza Aznie Che Rose, and Kadaruddin Aiyub, and Novel Lyndon, and Mohd Yusof Hussain, (2021) Kesedaran kesihatan mempengaruhi kadar penuaan di bandaraya Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (3). pp. 221-233. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
427kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418

Abstract

Malaysia dijangka mendapat status negara tua pada tahun 2030. Penuaan penduduk berlaku apabila penambahan jangka hayat penduduk dan berlakunya penurunan kadar kesuburan. Peningkatan jumlah warga tua adalah hasil daripada perkembangan kemudahan kesihatan, kemajuan teknologi, kesedaran penduduk terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, peningkatan taraf pendidikan, dan pekerjaan. Artikel ini membincangkan tentang kesedaran kesihatan mempengaruhi kadar penuaan di Bandaraya Kuala Lumpur. Kajian ini memberi fokus tentang penggunaan kemudahan fasiliti awam kesihatan penduduk di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dan populasi kajian adalah warga tua yang berumur 60 tahun ke atas berdasarkan takrifan yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan bertujuan. Kriteria penerimaan sampel warga tua yang berumur 60 tahun ke atas, mampu memahami dan melengkapkan borang soal selidik. Analisis deskriptif iaitu peratus dan min telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan kemudahan awam, amalan kesihatan dan kesihatan umum merupakan keperluan utama bagi warga emas bandar dalam memastikan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik. Oleh itu, kajian ini boleh dimanfaatkan oleh semua pihak bagi tujuan memperkasa pembangunan fasiliti awam mesra warga tua bandar.

Item Type:Article
Keywords:Kemudahan kesihatan; Penuaan; Rakyat Malaysia; Warga emas
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18114
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2022 07:43
Last Modified:21 Feb 2022 01:29

Repository Staff Only: item control page