Kecenderungan politik pengundi luar Kelantan di Lembah Klang pasca PRU-14 : suatu pemerhatian kritikal

Mazli Mamat, and Mohd Rahimi Ramli, (2021) Kecenderungan politik pengundi luar Kelantan di Lembah Klang pasca PRU-14 : suatu pemerhatian kritikal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (3). pp. 273-286. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
360kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418

Abstract

Pengundi luar merupakan salah satu golongan yang memberi sumbangan penting terhadap kemenangan PAS di Kelantan kerana ramai pengundi luar Kelantan yang layak mengundi akan pulang untuk mengundi setiap kali berlakunya pilihan raya. Namun, proses sosialisasi politik dan tahap kehidupan yang dinikmati khususnya di Lembah Klang berbeza dengan kehidupan realiti di Kelantan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan politik pengundi luar Kelantan yang menetap di Lembah Klang. Kajian ini dilakukan melalui pendekatan kajian kuantitatif menerusi kaedah tinjauan di lapangan dan secara atas talian dengan menggunakan borang soal selidik sekitar bulan Mac 2020 hingga Disember 2020. Kajian ini dilakukan di sekitar Lembah Klang meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa kawasan sekitar Negeri Selangor. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah persampelan bebola salji (Snowball) dan persampelan mudah. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 403 orang responden. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati majoriti responden bukan ahli mana-mana parti politik dan mereka cenderung memilih PAS di peringkat DUN dan Parlimen. Selain itu, tiada perubahan yang signifikan antara kecenderungan politik mereka ini dengan tempoh menetap di Lembah Klang. Oleh itu, jelaslah bahawa pengundi luar Kelantan merupakan simpanan tetap kepada parti PAS di Kelantan. Justeru, faktor yang dikaitkan agama Islam yang menjadi asas pemilihan PAS masih menebal dalam diri pengundi luar Kelantan di Lembah Klang. Dengan ini, jelaslah bahawa pengundi luar Kelantan beridentifikasi terhadap parti PAS yang menepati aspirasi politik mereka.

Item Type:Article
Keywords:Budaya politik; Kecenderungan; Konfigurasi; Nilai Islam; Pengundi luar; Pilihan raya
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18118
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2022 07:56
Last Modified:21 Feb 2022 01:33

Repository Staff Only: item control page