Strategi adaptasi kata pinjaman dalam bahasa Bugis : Koresponden-OO

Muhammad Firdaus Mohd Sah, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2021) Strategi adaptasi kata pinjaman dalam bahasa Bugis : Koresponden-OO. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (3). pp. 52-77. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
464kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1417

Abstract

Sebagai masyarakat minoriti di Malaysia, masyarakat Bugis cenderung menyerap masuk leksikal daripada bahasa lain khususnya daripada masyarakat tempatan di kawasan mereka akibat daripada proses asimilasi yang berlaku. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan: (1) bagaimana strategi adaptasi kata pinjaman yang digunakan dalam penyerapan leksikal asing ke dalam bahasa Bugis, dan (2) bagaimana strategi adaptasi yang berlaku itu dapat dijelaskan menggunakan pendekatan Koresponden-OO yang dibangunkan dalam teori Optimaliti. Data telah dikumpulkan melalui kaedah lapangan dan temu bual dengan menggunakan instrumen borang soal selidik, daftar kata.dan alat rakaman.Kajian lapangan dijalankan di Pontian dan Pasir Gudang, Johor serta di Klang, Selangor. Seramai 144 informan daripada tiga kumpulan umur, iaitu warga muda, warga dewasa dan warga tua terlibat dalam menjawab soal selidik dan daftar kata. Hasil dapatan menunjukkan lapan strategi adaptasi kata pinjaman digunakan dalam bahasa Bugis, iaitu peleburan, pengguguran, penggantian segmen, epentesis, perendahan vokal, penggantian nasal, pembentukan hentian glotis dan geminasi. Analisis Koresponden-OO menunjukkan sifat bahasa Bugis yang tidak bertoleransi dengan nahu asing dengan melarang penyerapan penuh leksikal asing yang dipinjam. Hal ini dapat dilihat pada keperluan mematuhi kekangan kebertandaan *LEKSIKAL SAMA yang mendominasi kekangan-kekangan lain dalam tatatingkat nahu bahasa Bugis. Hasil kajian ini dapat membekalkan input kepada aspek bahasa masyarakat Bugis di Malaysia yang telah dikesampingkan sebelum ini, dan berjaya menunjukkan kemampuan Koresponden-OO dalam menjelaskan isu kata pinjaman tanpa mengingkari konsep penting teori Optimaliti, iaitu Keselarian.

Item Type:Article
Keywords:Kata pinjaman; Strategi adaptasi; Bahasa Bugis; Teori optimaliti; Koresponden-OO
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:18123
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Feb 2022 07:41
Last Modified:24 Feb 2022 00:32

Repository Staff Only: item control page