Sorotan dialek di Terengganu selepas tiga dekad : perspektif geolinguistik

Nor Hashimah Jalaluddin, and Wan Athirah Adilah Wan Abdul Halim, and Harishon Radzi, (2021) Sorotan dialek di Terengganu selepas tiga dekad : perspektif geolinguistik. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (3). pp. 77-102. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1417

Abstract

Kajian dialek yang dulunya bersifat tradisional dengan mencari perbezaan fonologi, telah berkembang menjadi kajian geografi, sejarawi dan sumber data kajian teoritis. Hari ini kajian dialek telah melalui inovasi dengan mensinergikan teknologi dalam penghuraian isoglos dan memasukkan elemen bukan linguistik dalam memberi penjelasan kepada penyebaran dialek itu sendiri. Demi kelangsungan ilmu ini, usaha mengisi kelompangan penyorotan kajian dialek dengan mengkhususkan kepada dialek Terengganu telah dilakukan. Dialek ini pernah dihuraikan tiga dekad yang lalu dan pastinya memerlukan input baharu. Kajian ini bermatlamat menyelidiki semula ciri dialek Terengganu, menghasilkan garis isoglos yang memisahkan dialek Terengganu dan Kelantan serta membuktikan kedominanan dialek ini di sepanjang pantai timur. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang melibatkan 500 orang penutur dengan 64 titik kampung. Ia melibatkan warga tua, dewasa dan remaja. Kesemua responden diminta membunyikan empat puluh leksikal terpilih berdasarkan senarai Swadesh di samping temu bual untuk mendapatkan bunyi yang tepat. Hasil kajian mendapati kesemua ciri fonologi kekal seperti tiga dekad dahulu cuma input fonetik dan rumus fonologi telah dikemaskan bagi menepati piawai linguistik. Keduanya, isoglos yang tepat yang membatasi dialek Terengganu dan Kelantan telah berjaya dipetakan beserta titik kampung yang tepat. Akhirnya memang wujudnya rantaian atau kontinum dialek Terengganu di sepanjang pantai timur dari Setiu Laut hingga ke Kota Tinggi di Johor. Ketersebaran dialek ini di sepanjang jalur kawasan pantai timur diperkuatkan lagi dengan faktor topografi, sejarah dan sosio-budaya. Kajian sorotan ini telah menambah baik deskripsi dialek Terengganu berasaskan perspektif geolinguistik dan sekali gus membuktikan pendekatan multidisiplin dapat menghuraikan dialek ini dengan lebih sistematik.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Terengganu; Geolinguistik; Isoglos; Sorotan dialek; Rantaian dialek
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:18124
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Feb 2022 07:58
Last Modified:24 Feb 2022 00:33

Repository Staff Only: item control page