Perubahan fizikokimia dalam brokoli dan bunga kobis semasa penyimpanan

Ler, Jing Yi and Arnida Hani Teh, and Hafeedza Abdul Rahman, (2021) Perubahan fizikokimia dalam brokoli dan bunga kobis semasa penyimpanan. Sains Malaysiana, 50 (10). pp. 2965-2975. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
371kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil10...

Abstract

Kualiti fizikokimia dalam sayur-sayuran berubah semasa penyimpanan. Kajian ini menentukan perubahan fizikokimia dalam brokoli dan bunga kobis semasa penyimpanan dan menentukan keadaan penyimpanan yang paling sesuai. Uji kaji ini dijalankan berdasarkan suhu penyimpanan (4 °C dan 23 °C) dan kaedah pembungkusan (tidak dibungkus dan dibungkus dengan beg plastik polietilena) berbeza sepanjang tempoh 168 jam (7 hari). Perubahan warna, kehilangan berat (PLW), kandungan kelembapan, kandungan klorofil dan aktiviti antioksidan (kandungan jumlah polifenol (TPC) dan aktiviti penyingkiran radikal bebas (DPPH)) ditentukan pada 24-, 96- dan 168- jam. Sampel disimpan pada 4 °C dan dibungkus mengalami kehilangan fizikokimia paling minimum berbanding disimpan pada 23 °C dan tidak dibungkus. Brokoli disimpan pada 4 °C dan dibungkus dengan beg plastik polietilena mempunyai perubahan minimum bagi warna (L*= 40.63, a*= -9.88, b*= 19.71), PLW (2.03%), kelembapan (84.42%), klorofil (2.66 mg/g) dan vitamin C (122.05 mg/100 g). Manakala brokoli disimpan pada 23 °C dan dibungkus dengan beg plastik polietilena mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi (171.15 mg/100 g bagi TPC, 77.66% bagi DPPH). Bunga kobis disimpan pada 4 °C dan dibungkus dengan beg plastik polietilena mengalami perubahan fizikokimia paling minimum bagi warna (L*= 67.63, a*= -1.36, b*= 4.77), PLW (0.97%), kelembapan (93.26%), klorofil (1.22 mg/g) dan vitamin C (41.92 mg/100 g). Manakala bunga kobis disimpan pada 23 °C dan dibungkus dengan beg plastik polietilena mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi (167.64 mg/100 g bagi TPC, 85.51% bagi DPPH). Justeru, keadaan penyimpanan yang paling sesuai bagi sampel brokoli dan bunga kobis adalah pada suhu 4 °C dan dibungkus dengan beg plastik polietilena.

Item Type:Article
Keywords:Antioksidan; Brokoli; Bunga kobis; Fizikokimia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:18169
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Mar 2022 08:23
Last Modified:07 Mar 2022 03:16

Repository Staff Only: item control page