Keterlarutan selulosa, pelarut dan produk selulosa yang dijana semula : suatu ulasan

Kushairi Mohd Salleh, and Sarani Zakaria, and Marhaini Mostapha, and Umar Adli Amran, and Wan Noor Aidawati Wan Nadhari, and Nur Ain Ibrahim, (2021) Keterlarutan selulosa, pelarut dan produk selulosa yang dijana semula : suatu ulasan. Sains Malaysiana, 50 (10). pp. 3107-3126. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil10...

Abstract

Selulosa ialah polimer semula jadi yang boleh diperbaharui dan biasanya ditemui di dalam dinding sel tumbuhan. Interaksi hidrofobik yang kompleks serta sifat amfifilik menyebabkan ia sukar dilarutkan dan seterusnya membataskan penggunaannya secara menyeluruh. Pemahaman kepada struktur kimia dan fiziknya membolehkan proses pelarutan berlaku dengan penggunaan jenis pelarut yang bersesuaian. Namun, pelarut sedia ada bukanlah yang terbaik dan efisien terhadap pelarutan selulosa. Sehingga kini, kajian kepada jenis pelarut dan mekanisme pelarutan masih menjadi topik utama penyelidikan. Selulosa yang terlarut pula boleh dijana semula kepada produk fizikal yang lain, contohnya hidrogel, aerogel, kriogel dan xerogel. Produk yang dijana semula daripada selulosa yang terlarut boleh diacukan kepada pelbagai bentuk yang mempunyai struktur tulang yang kuat dan bersifat hidrofilik, bioserasi dan terbiodegradasi. Potensi dalam aplikasi yang pelbagai serta terbukti sebagai alternatif kepada polimer sintetik menjadikan polimer semula jadi ini berpotensi besar dalam bidang sains dan teknologi. Maka, ulasan kajian terhadap selulosa, jenis pelarut serta produk yang dijana semula daripadanya menjadi fokus dalam penulisan makalah ini.

Item Type:Article
Keywords:Pelarutan; Pelarut tak-terbitan; Pelarut terbitan; Produk terjana semula
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:18181
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Mar 2022 03:08
Last Modified:07 Mar 2022 03:30

Repository Staff Only: item control page