Asas forensik dalam Islam berdasarkan sejarah dan elemen

Athirah Mahussin, and Nurbazla Ismail, and Abdul Basir Mohamad, (2021) Asas forensik dalam Islam berdasarkan sejarah dan elemen. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (1). pp. 1-8. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
483kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Kajian barat pada masa kini banyak membincangkan tentang forensik dari sudut patologi forensik, serologi forensik, entomologi forensik, antropologi forensik dan odontologi forensik. Namun, perbincangan forensik juga wujud dalam kitab fiqh yang dibahaskan oleh para fuqaha sejak awal kewujudan Islam. Hal demikian terbukti sebagaimana yang telah disebut dalam al-Quran, hadith dan kisah para sahabat iaitu peristiwa sejarah yang mengandungi unsur yang boleh dikaitkan dengan ilmu forensik. Walau bagaimanapun, perbincangan berkaitan asas forensik dalam Islam masih belum diteroka dengan terperinci. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji asas forensik dalam Islam dengan menelusuri sejarah dan elemen yang boleh dikaitkan dengan ilmu forensik. Kajian ini menggunakan metodologi pengumpulan data secara analisa dokumen seterusnya data dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa asas forensik dalam Islam dapat dilihat berdasarkan sejarah dan elemen yang boleh dikaitkan dengan ilmu forensik dalam Islam iaitu pengecaman kesan atau tinggalan jenayah, pengecaman kesan darah, pengecaman bau, pengecaman tapak kaki dan pengecaman air mani. Kajian ini memberi implikasi kepada para ilmuan yang membuat kajian bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan dan perkembangan ilmu forensik dalam Islam.

Item Type:Article
Keywords:Asas forensik; Definisi forensik; Sejarah forensik; Elemen forensik; Forensik Islam
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18186
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Mar 2022 07:17
Last Modified:08 Mar 2022 00:24

Repository Staff Only: item control page