Saman penghutang penghakiman : keperluan perintah nafkah atau perintah tunggakan nafkah

Mohd Hazwan Ismail, and Jasni Sulong, (2021) Saman penghutang penghakiman : keperluan perintah nafkah atau perintah tunggakan nafkah. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (1). pp. 29-38. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
380kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Saman penghutang penghakiman (SPP) adalah penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dalam Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia. Saman penghutang penghakiman dibincangkan dalam peruntukan khas di Bab 4 Akta/Enakmen tersebut dan ia adalah pelaksanaan perintah yang berkait dengan kewangan sahaja. Permasalahan berlaku apabila berlaku dua keputusan mahkamah yang berbeza berhubung permohonan saman penghutang penghakiman, yang meminta pemohon mendapatkan perintah tunggakan nafkah terlebih dahulu, dan terdapat kes yang membenarkan permohonan saman penghutang penghakiman apabila berlaku sahaja tunggakan daripada perintah nafkah sebelumnya. Isu yang timbul di sini ialah manakah daripada kedua keputusan tersebut yang lebih tepat dan adil kepada pihak-pihak yang bertikai? Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang dilakukan secara kajian dokumentasi dan pemerhatian, iaitu kajian akan meneliti dokumen-dokumen yang terdiri daripada statut, Arahan Amalan dan kes-kes yang telah diputuskan. Dapatan kajian mendapati bahawa penuntut boleh memohon saman penghutang penghakiman tanpa perlu mendapatkan perintah tunggakan nafkah. Taksiran tunggakan nafkah boleh diperolehi melalui Pendaftar Mahkamah dengan mengemukakan dokumen yang mencukupi. Penuntut perlu mengemukakan keterangan serta dokumen yang kukuh bagi mendapatkan taksiran nafkah sebelum SPP dikeluarkan. Prosedur ini akan dapat melaksanakan hak pemiutang penghakiman dengan segera tanpa perlu proses perbicaraan yang memakan masa untuk mendapat perintah tunggakan nafkah.

Item Type:Article
Keywords:Saman penghutang penghakiman; Perintah tunggakan nafkah; Perundangan; Mahkamah syariah
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18189
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Mar 2022 07:52
Last Modified:08 Mar 2022 00:27

Repository Staff Only: item control page