Aplikasi kaedah perubahan hukum dengan berubahnya masa dalam Siyasah Syariyyah

Mohd Izzuddin Mohd Noor, and Fatimah Nadirah Mohd Noor, (2021) Aplikasi kaedah perubahan hukum dengan berubahnya masa dalam Siyasah Syariyyah. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (1). pp. 53-61. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
532kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Seringkali perubahan sesuatu hukum dalam sesuatu ijtihad politik dipertikaikan oleh sesetengah golongan masyarakat. Hal ini disebabkan kejahilan mereka terhadap satu kaedah iaitu “Tidak Diingkari Perubahan Hukum Disebabkan Perubahan Masa”. Secara umumnya hukum Islam terdiri daripada dua bahagian iaitu yang kekal tidak berubah selama-lamanya dan juga tidak kekal boleh berubah mengikut kesesuaian zaman. Maka kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana kaedah perubahan hukum dengan berubahnya masa dapat diaplikasikan dalam pendekatan Siyasah Syariyyah semasa. Kajian ini berbentuk kualitatif di mana pengkaji akan mengumpulkan maklumat daripada kitab-kitab turath dan kontemporari, kajian-kajian ilmiah, fatwa-fatwa semasa berkaitan dengan kaedah perubahan hukum disebabkan perubahan masa dan juga Siyasah Syariyyah. Semua maklumat ini akan dianalisis dan dicernakan untuk mendapatkan gambaran sebenar berkaitan dengan aplikasi kaedah ini dalam politik Islam semasa. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini sangat penting untuk diterapkan dalam aspek Siyasah Syariyyah oleh pihak pemerintah dalam berhadapan dengan rakyat yang sering kali mempertikaikan sesuatu polisi yang dirasakan bercanggah dengan hukum syarak, sedangkan perubahan hukum berdasarkan perubahan masa tidak bercanggah sama sekali dengan Syariah.

Item Type:Article
Keywords:Aplikasi; Perubahan hukum; Perubahan masa; Siyasah Syariyyah
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18191
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Mar 2022 08:07
Last Modified:08 Mar 2022 00:30

Repository Staff Only: item control page