Keperluan dan bantuan untuk integrasi semula : perspektif gelandangan bekas banduan di Kuala Lumpur

Mohd Alif Jasni, and Siti Hajar Abu Bakar Ah, and Noralina Omar, and Norruzeyati Che Mohd Nasir, (2021) Keperluan dan bantuan untuk integrasi semula : perspektif gelandangan bekas banduan di Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (4). pp. 1-16. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
544kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1443

Abstract

Setiap tahun, ratusan ribu banduan dibebaskan tanpa sebarang perkhidmatan sambungan dari Jabatan Penjara Malaysia. Bantuan yang diberikan menerusi program parol dan rumah perantaraan yang hanya dapat dinikmati oleh segelintir bekas banduan yang menjadikan majoriti bekas banduan dibebaskan tanpa sebarang bantuan. Keadaan ini menjadikan mereka terpaksa berintegrasi semula dengan menggunakan usaha sendiri. Keadaan ini membuatkan keperluan melaksanakan kajian ini untuk mengenalpasti bantuan yang diterima oleh gelandangan bekas banduan dan keperluan yang diperlukan untuk mereka keluar dari kehidupan jalanan. Sebuah kajian kualititatif yang mengunakan kaedah fenomonologi dengan menemubual 15 orang informan gelandangan bekas banduan telah dilakukan. Hasil kajian menunjukkan majoriti informan yang menyatakan ketiadaan sebarang bantuan daripada pihak Jabatan Penjara Malaysia. Mereka memohon bantuan terutama dari Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi telah dirumitkan dengan ketiadaan kad pengenalan, birokrasi, dan dokumen-dokumen seperti sijil lahir. Kajian telah mengenalpasti beberapa bantuan yang boleh diperkenalkan oleh kerajaan untuk gelandangan bekas banduan agar mereka dapat keluar daripada kehidupan jalanan. Antaranya ialah pekerjaan, tempat tinggal, bantuan kewangan, penggantian kad pengenalan dan bimbingan agama. Keperluan untuk buat pihak kerajaan terutama Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjadi lebih cakna dalam mengenalpasti perkhidmatan yang boleh diberikan kepada gelandangan bekas banduan agar mereka dapat keluar daripada kehidupan di jalanan ini. Diharap dapatan kajian ini dapat digunakan sebagai input dalam membentuk program bantuan dan sokongan lanjutan yang bersesuaian buat gelandangan bekas banduan.

Item Type:Article
Keywords:Bantuan; Gelandangan bekas banduan; Keperluan asas; Pembebasan; Perkhidmatan sosial; Sokongan sosial
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18192
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2022 00:54
Last Modified:14 Mar 2022 00:34

Repository Staff Only: item control page