Kesediaan graduan memilih keusahawanan sebagai bidang kerjaya

Sarmila Md Sum, and Zaimah Ramli, and Nur Shafiqah Mohd Sabri, (2021) Kesediaan graduan memilih keusahawanan sebagai bidang kerjaya. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (4). pp. 17-29. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
863kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1443

Abstract

Bidang Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang dapat membantu mengurangkan pengangguran negara serta memberi alternatif kepada peluang pekerjaan. Namun begitu, kajian mendapati bidang ini masih kurang dipilih oleh para graduan sebagai pilihan kerjaya. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauhmanakah graduan bersedia untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah tamat pengajian. Kajian telah dijalankan kepada 400 graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Soalselidik telah diedarkan bagi menilai tahap kesediaan graduan melalui kesediaan mereka untuk 1) melakukan apa sahaja untuk menjadi usahawan, 2) bercita-cita untuk menceburi dunia keusahawanan 3) mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan 4) mencari peluang dan sokongan untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan 5) menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan 6) berusaha untuk memulakan perniagaan. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan graduan untuk memilih keusahawanan sebagai bidang kerjaya melalui enam indikator ini menunjukkan skor purata min yang tinggi (min purata 3.47). Namun begitu penelitian terhadap skor bagi indikator kesediaan graduan menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan kesediaan untuk memulakan perniagaan menunjukkan tahap skor min yang sederhana. Kajian ini memberi indikasi bahawa walaupun para graduan secara relatif bersedia untuk melakukan apa saja usaha untuk menjadi usahawan, memandang serius cita-cita menjadi usahawan, bersemangat tinggi untuk menceburkan diri dalam dunia usahawan dan bersedia untuk mencari peluang dan sokongan untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan, namun untuk benar-benar melaksanakan perniagaan dan menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan masih berada pada tahap kesediaan yang sederhana. Sehubungan itu, usaha bagi membantu para graduan untuk menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan seterusnya bersedia menjalankan perniagaan perlu diberikan perhatian dalam program keusahawanan graduan.

Item Type:Article
Keywords:Keusahawanan; Kerjaya; Kesediaan keusahawanan; Kerjaya graduan; Pengangguran
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18193
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2022 00:59
Last Modified:14 Mar 2022 00:35

Repository Staff Only: item control page