Penerokaan aset manusia dalam kalangan peserta projek kebun komuniti

Milah Zainal, and Rosmiza Mohd Zainol, (2021) Penerokaan aset manusia dalam kalangan peserta projek kebun komuniti. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (4). pp. 30-44. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
587kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1443

Abstract

Salah satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk di bandar adalah program pertanian bandar menerusi projek kebun komuniti. Matlamat utama projek ini adalah untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ekonomi, sosial dan alam sekitar yang dihadapi oleh penduduk yang tinggal di bandar. Walaubagaimanapun, kadar kejayaan hasil dari projek ini dikatakan masih rendah dan ada yang menjangkakan projek tersebut tidak banyak yang berjaya. Kajian terdahulu telah mengenalpasti bahawa aset manusia merupakan elemen penting dalam membangunkan projek-projek komuniti tani. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk mendalami aset manusia dalam kalangan peserta projek kebun komuniti. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian kualitatif yang melibatkan 8 orang peserta projek kebun komuniti. Data dikumpulkan menerusi temu bual mendalam dan pemerhatian turut. Temubual telah dirakamkan dan kemudian ditranskrip secara verbatim. Data seterusnya dianalisis dan diberikan kod, kategori dan sub tema bagi membangunkan tema utama untuk menjawab setiap persoalan dalam kajian ini. Kajian mendapati peserta projek kebun komuniti mempunyai kekuatan dari segi aset manusia seperti mempunyai kesihatan yang baik, masih memiliki kudrat, pencari input pertanian, pencari maklumat, memiliki amalan agama yang tinggi dan tidak mudah berputus asa. Elemen-elemen aset manusia ini telah digunakan oleh para peserta projek untuk meningkatkan hasil tanaman. Aset-aset manusia haruslah diperhebat dari semasa ke semasa dalam pembangunan projek kebun komuniti yang mampan selaras dengan hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjamin keselamatan makanan negara.

Item Type:Article
Keywords:Aset manusia; Kebun bandar; Kesejahteraan hidup; Modal insan; Pertanian bandar; Projek kebun komuniti
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18194
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2022 01:07
Last Modified:14 Mar 2022 00:35

Repository Staff Only: item control page