Kesan persempadanan kawasan berdasarkan kajian linguistik bandingan

N. Habibah C.R, and Rahim Aman, and Shahidi A.H., (2021) Kesan persempadanan kawasan berdasarkan kajian linguistik bandingan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (4). pp. 45-61. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
629kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1443

Abstract

Pengaruh faktor sejarah dan persempadanan negara menjadikan kawasan di Hulu Perak Utara (HPU) didiami oleh masyarakat Melayu Patani yang menuturkan dialek Patani. Berdasarkan dapatan kajian lepas, kesan persempadanan, geografi dan sejarah di HPU telah menimbulkan pelbagai varian dialek Patani di Perak. Oleh itu, kajian ini meneliti bentuk fonem purba dialek HPU dengan memanfaatkan kerangka disiplin ilmu linguistik perbandingan sejarawi. Tujuannya adalah supaya dapat memberi gambaran sebenar tentang dialek HPU. Kawasan kajian yang difokuskan adalah di sembilan buah kampung sekitar Gerik dan Pengkalan Hulu Perak, yang mewakili sembilan varian HPU. Penelitian ini menerapkan kaedah kajian lapangan yang melibatkan teknik temu bual informan dan rakaman. Teknik temu bual ini didasari dengan 522 daftar kata, dan diajukan kepada informan. Kaedah rekonstruksi dalaman digunakan untuk menerangkan hipotesis bentuk purba yang dituturkan oleh masyarakat di HPU. Kesimpulannya, hasil rekonstruksi telah menunjukkan bahawa dialek Hulu Perak Utara Purba (DHPUP) ini memiliki 4 buah vokal dan 18 buah konsonan purba, yakni DHPUP memperlihatkan pengekalan secara langsung daripada vokal Melayik Purba (MP) dan pengurangan satu konsonan daripada (MP). Seterusnya hasil rekonstruksi ini juga memperlihatkan DHPUP diturunkan secara langsung ke dalam kesemua sembilan varian HPU. Kesannya persempadanan negeri yang wujud di Malaysia kini tidak dapat digunakan sebagai landasan penelitian sejarah dialek Melayu, tetapi mempunyai hubung kait dengan faktor-faktor sosial purba.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Hulu Perak Utara Purba; Hulu Perak; Linguistik sejarah; Patani; Rekonstruksi fonem
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18195
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2022 01:16
Last Modified:14 Mar 2022 00:36

Repository Staff Only: item control page