Mohd Zaki Said, and Mohammad Zohir Ahmad@Shaari, (2021) Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) - tahap amalan pengajaran guru-guru geografi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (4). pp. 62-73. ISSN 2180-2491
|
PDF
540kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1443
Abstract
Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) telah menjadi cabaran kepada bidang pendidikan untuk bergerak seiring dengan keperluan global. Di Malaysia, kurikulum Geografi telah berubah seiring dengan keperluan global dan menjadi cabaran baharu kepada guru-guru Geografi bagi membawa agenda SDGs ke dalam bilik darjah melalui amalan pengajaran. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap amalan pengajaran guru Geografi dan mengkaji perbezaan guru opsyen dan bukan opsyen berdasarkan amalan pengajaran tentang SDGs. Seramai 252 sampel terlibat berdasarkan populasi guru Geografi di Pulau Pinang kira-kira seramai 350 orang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian mendapati 18.3% responden tidak pernah melakukan pendekatan membawa pakar mahir dan 17.5% responden tidak pernah melaksanakan projek kewarganegaraan global berbanding pendekatan lain. Responden kerap mengamalkan pendekatan bercerita (M=4.0, SP=0.771), penekanan tentang kehidupan lestari (M=4.12, SP=0683), memupuk perasaan menghargai makhluk (M=4.4, SP=0.621) dan mempromosikan nilai (M=4.28, SP=0.680). Dapatan kajian menunjukkan pendekatan pembelajaran aktif berada pada tahap kerap diamalkan berbanding pendekatan pembelajaran dunia sebenar dan pembelajaran penyelesaian masalah kritikal. Selain itu, dapatan daripada ujian-t juga telah membuktikan wujudnya perbezaan yang signifikan antara guru opsyen dan bukan opsyen (t=4.703, p<0.005). Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan guru-guru Geografi mempunyai tahap amalan pengajaran SDGs yang kerap bagi pendekatan aktif atau berpusatkan guru dan guru opsyen Geografi menunjukkan amalan yang lebih tinggi daripada guru bukan opsyen.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Matlamat pembangunan lestari, Pendidikan untuk pembangunan lestari; Pembelajaran aktif; Pembelajaran dunia sebenar; Pembelajaran penyelesaian masalah kritikal |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 18196 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Mar 2022 01:32 |
Last Modified: | 14 Mar 2022 00:40 |
Repository Staff Only: item control page