Sokongan politik terhadap Barisan Nasional pra-PRU14 di Felda Chiku, Gua Musang : analisis spatial berasaskan sistem maklumat geografi

Suriana Ramli, and Rosmadi Fauzi, (2021) Sokongan politik terhadap Barisan Nasional pra-PRU14 di Felda Chiku, Gua Musang : analisis spatial berasaskan sistem maklumat geografi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (4). pp. 107-122. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
831kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1443

Abstract

Kesesuaian penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam kajian politik pilihanraya di Malaysia masih belum diterokai dengan lebih mendalam. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis corak taburan sokongan politik berdasarkan lokasi geografi penduduk FELDA Chiku, Gua Musang, Kelantan terhadap kerajaan Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke 14 menggunakan perisian GIS berdasarkan tiga aspek iaitu parti Barisan Nasional (BN), kepimpinan parti dan FELDA. Kajian turut mengenalpasti corak taburan kesejahteraan subjektif, kesejahteraan ekonomi, pendidikan dan pembangunan di FELDA Chiku, dan mengkaji pengaruh faktor-faktor ini ke atas sokongan politik. Kajian dijalankan secara kuantitatif melalui soal selidik ke atas 500 responden yang dipilih secara rawak berkelompok daripada populasi FELDA Chiku. Kajian mendapati majoriti responden memberikan persepsi yang positif terhadap kesejahteraan subjektif, kesejahteraan ekonomi dan pembangunan di FELDA Chiku. Tahap sokongan politik kepada BN, pemimpin Barisan Nasional dan FELDA pula adalah sederhana. Sokongan politik adalah tertinggi di Chiku 7 dan terendah di Perasu. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa sokongan politik kepada parti BN dipengaruhi oleh pendidikan secara negatif. Sokongan politik kepada kepimpinan parti pula dipengaruhi oleh kesejahteraan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan subjektif, manakala sokongan kepada FELDA hanya dipengaruhi oleh kesejahteraan ekonomi. Secara keseluruhannya, kajian ini mengesahkan kesesuaian GIS dalam kajian geografi politik di Malaysia dan menyokong kajian terdahulu tentang hubungan di antara pembolehubah. Oleh itu, kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh kerajaan dan pengurusan FELDA untuk menambahbaik perkhidmatan dan polisi awam bagi meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat. Kajian ini juga boleh memberikan maklumat berguna kepada parti, pemimpin dan calon politik dalam merancang strategi dan kempen yang lebih berkesan sebagai persediaan pilihanraya akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Analisis spatial GIS; Kesejahteraan ekonomi; Kesejahteraan subjektif; Pendidikan; Pembangunan; Sokongan politik
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18199
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2022 01:47
Last Modified:14 Mar 2022 00:45

Repository Staff Only: item control page