Akad jual beli dalam talian berasaskan prinsip fiqh muamalat

Roshaimizam Suhaimi, and Ismail Ahmad, and Mohd Hapiz Mahaiyadin, and Ezani Yaakub, and Jasni Sulong, (2021) Akad jual beli dalam talian berasaskan prinsip fiqh muamalat. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2). pp. 1-12. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
856kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Akad jual beli dalam talian adalah satu bentuk akad jual beli yang dibentuk, dilaksana, digubal dan dinyatakan oleh sistem perisian komputer dengan sokongan rangkaian perhubungan internet melibatkan pihak yang saling berjauhan bagi menyempurnakan sesuatu akad. Akad ini sinonim dengan transaksi melibatkan aktiviti perbankan, lelongan, jual beli atau lain-lain perkhidmatan seperti penyediaan tapak laman web. Ianya dilaksanakan sama ada melalui pasar maya atau portal, borang dalam talian, media sosial atau emel. Disebabkan akad jual beli dalam talian adalah satu kaedah moden dalam membentuk akad, maka satu penjelasan fiqh yang praktikal diperlukan bagi memastikan prinsip-prinsip yang digariskan dalam fiqh muamalat dipatuhi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneliti kepatuhan prinsip fiqh dalam akad jual beli dalam talian. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan berasaskan kaedah kepustakaan dengan penelitian karya-karya fiqh dan kajian semasa yang telah dijalankan bagi mendapatkan rumusan dan dapatan yang jelas bagi akad jual beli dalam talian patuh syariah. Seterusnya, hasil kajian merumuskan prinsip-prinsip penting fiqh bagi akad jual beli dalam talian yang dilaksanakan sama ada dalam bentuk bayn al-hadirayn atau bayn al-gha’ibin. Hasil kajian menunjukkan akad jual beli dalam talian yang menghasilkan mesej digital (elektronik) memberi gambaran kepada wujudnya sighah akad secara bertulis.

Item Type:Article
Keywords:Kerelaan; Bayn al-ghaibin; Bayn al-hadirayn; Portal jual beli dalam talian; Media sosial
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18237
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2022 04:53
Last Modified:18 Mar 2022 00:49

Repository Staff Only: item control page