Analisis perbandingan pandangan fuqaha mengenai syarat ahliyyah dalam perkahwinan

Nurul Ain Hazram, and Raihanah Azahari, (2021) Analisis perbandingan pandangan fuqaha mengenai syarat ahliyyah dalam perkahwinan. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2). pp. 22-31. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
664kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Syarak menjadikan penghasilan maṣlaḥah dan penolakan mafsadah sebagai objektif utama di sebalik setiap pensyariatan. Dalam urusan muamalat sesama manusia, syarak meletakkan syarat tertentu untuk melayakkan seseorang menjalankan sesuatu urusan sesama mereka bagi mengekalkan maṣlaḥah umum hubungan manusia. Namun berbeza dengan akad perkahwinan, para fuqaha dilihat sedikit longgar dalam meletakkan syarat ahliyyah dalam perkahwinan tidak seperti syarat ahliyyah dalam urusan muamalat. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pandangan fuqaha dalam meletakkan syarat ahliyyah kepada mereka yang ingin berkahwin, dan mengkaji mengenai hikmah syarak dalam melonggarkan syarat ahliyyah dalam perkahwinan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan menganalisis kandungan teks daripada karya fiqh muktabar daripada pelbagai mazhab. Kajian ini tidak tertumpu kepada pandangan tertentu daripada sesuatu mazhab sahaja, malah mengambil kira pandangan fuqaha daripada mazhab yang berbeza bagi menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai had umur minimum perkahwinan bagi kanak-kanak dari perspektif syarak secara menyeluruh. Artikel ini menyimpulkan pandangan fuqaha terhadap pensyaratan ahliyyah umur dalam perkahwinan kepada tiga pandangan, iaitu; pandangan majoriti fuqaha yang tidak mensyaratkan umur tertentu sebagai syarat ahliyyah, pandangan fuqaha Mazhab Zahiri yang meletakkan umur baligh sebagai syarat ahliyyah dalam perkahwinan bagi lelaki, dan pandangan fuqaha yang meletakkan syarat ahliyyah umur dalam perkahwinan. Artikel ini merumuskan bahawa kebenaran fuqaha kepada kanak-kanak untuk berkahwin adalah terikat dengan syarat wujudnya maṣlaḥah dan ternafinya mafsadah dan antara hikmah terbesar syarak melonggarkan syarat berkaitan ahliyyah dalam perkahwinan adalah kerana naluri keinginan manusia adalah berbeza bagi setiap individu.

Item Type:Article
Keywords:Perkahwinan bawah umur; Ahliyyah; Umur minimum perkahwinan; Fiqh kekeluargaan; Maslahah; Mafsadah
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18239
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2022 06:25
Last Modified:18 Mar 2022 00:51

Repository Staff Only: item control page