Perkahwinan bawah umur dari perspektif maqāṣid al-sharī‘ah

Nurul Ain Hazram, and Raihanah Azahari, (2021) Perkahwinan bawah umur dari perspektif maqāṣid al-sharī‘ah. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2). pp. 32-42. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
708kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Setiap pensyariatan dalam Islam mempunyai hikmah dan objektifnya yang tersendiri. Secara umumnya, objektif pensyariatan bertujuan untuk menghasilkan sebanyak mungkin maṣlaḥah kepada manusia dan menolak sebanyak mungkin mafsadah daripada manusia. Begitu juga dengan akad perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam, terdapat objektif utama yang ingin dicapai oleh syarak disebalik pensyariatan tersebut. Mutakhir ini, perbahasan mengenai isu perkahwinan bawah umur mula hangat dibincangkan semula. Para sarjana Islam juga turut berbeza pandangan terhadap amalan perkahwinan bawah umur ini, memandangkan amalan ini sering dikaitkan dengan kemudaratan dan risiko buruk yang kan ditanggung oleh kanak-kanak yang berkahwin pada usia muda. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana amalan perkahwinan bawah umur menepati Maqāṣid Syariah dalam pensyariatan perkahwinan. Artikel ini mendapati bahawa amalan perkahwinan bawah umur secara umumnya boleh mencapai objektif-objektif syarak dalam perkahwinan sekiranya perkahwinan tersebut dilakukan dengan syarat-syaratnya. Tambahan lagi, ada beberapa keadaan dalam perkahwinan bawah umur yang dilihat sebagai salah satu cara dalam menolak mafsadah yang lebih besar, seperti bagi mengelakkan berlakunya zina dan kehamilan luar nikah.

Item Type:Article
Keywords:Maqāṣid Syariah; Objektif syarak; Perkahwinan; Perkahwinan bawah umur; Maslahah; Mafsadah
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18240
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2022 06:30
Last Modified:18 Mar 2022 00:52

Repository Staff Only: item control page