Pembahagian harta pusaka dalam kalangan masyarakat Muslim di Negeri Sembilan : satu kajian literatur

Wan Nur A’ina Mardhiah Wan Rushdan, and Mohd Zamro Muda, and Zuliza Mohd Kusrin, (2021) Pembahagian harta pusaka dalam kalangan masyarakat Muslim di Negeri Sembilan : satu kajian literatur. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2). pp. 55-64. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
618kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Perwarisan harta pusaka merujuk kepada aturan yang mengatur tentang pemindahan hak pemilikan harta peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia dan dibahagikan kepada waris yang berhak. Walaupun asas pentadbiran harta pusaka di Unit Pusaka Kecil setiap negeri adalah selari berpandukan standard prosedur operasi (SOP) dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, namun kewujudan undang-undang pentadbiran tanah adat menjadikan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka di Negeri Sembilan, salah sebuah negeri di Malaysia, agak berbeza dengan negeri-negeri lain. Hal ini kerana, masyarakatnya masih berpegang kepada hukum Adat Perpatih sebagai aturan yang mempunyai sistem tersendiri. Melihat kepada kajian-kajian terdahulu, pengamalan masyarakat Negeri Sembilan terhadap pewarisan harta masih selari dengan peraturan di dalam Undang-Undang Tanah Adat. Walau bagaimanapun, kajian lalu mendedahkan bahawa terdapat banyak isu dan halangan yang sering timbul dihadapi oleh pihak pentadbir melibatkan pengurusan harta pusaka di Negeri Sembilan. Oleh itu, matlamat artikel ini adalah untuk mengkaji amalan dan isu-isu dalam pembahagian harta pusaka dalam kalangan masyarakat dan pengurusan Unit Pusaka Kecil di Negeri Sembilan dalam menjalankan proses pembahagian harta pusaka. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif. Pengumpulan data kajian menggunakan analisis dokumen dan dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil analisis kajian literatur mendapati wujud pemasalahan seperti ketidakjelasan masyarakat terhadap konsep dan amalan pentadbiran dan pembahagian pusaka di Unit Pusaka Kecil Negeri Sembilan, kekaburan masyarakat terhadap status amalan adat dalam pembahagian harta pusaka menurut syarak serta cabaran dan halangan unit pusaka dalam menguruskan pembahagian harta pusaka. Implikasi daripada pemasalahan tersebut menyebabkan keperluan untuk dilakukan kajian lanjutan bagi mengkaji secara mendalam pemahaman masyarakat, amalan pentadbiran sedia ada dan seterusnya mencadangkan solusi kepada permasalahan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Adat perpatih; Tanah adat; Pengurusan harta pusaka; Negeri Sembilan; Undang-undang
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18242
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2022 06:45
Last Modified:18 Mar 2022 00:54

Repository Staff Only: item control page