Kesesuaian komponen pendedahan maklumat dalam Peraturan 3 P.U. (A) 458 untuk transaksi pembelian dalam talian

Amirah Madihah Adnan, and Zamzuri Zakaria, and Norhoneydayatie Abdul Manap, (2021) Kesesuaian komponen pendedahan maklumat dalam Peraturan 3 P.U. (A) 458 untuk transaksi pembelian dalam talian. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2). pp. 95-104. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
775kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Aktiviti melakukan pembelian secara dalam talian sudah tidak asing lagi pada hari ini. Pembelian dalam talian mendapat pilihan pengguna kerana terdapat kepelbagaian pilihan dan kemudahan kaedah pembelian yang ternyata boleh dilakukan dari kediaman masing-masing tanpa perlu bersesak-sesak di pasar raya. Tambahan pula, kemunculan pandemik Covid-19 mendesak sebilangan perniagaan untuk menutup operasi secara bersemuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Malah, promosi jualan murah yang sering diadakan menjadikan pengguna berpusu-pusu memasuki platform e-dagang bagi merebut tawaran yang disediakan. Namun, malang sekali apabila banyak pihak telah mengambil kesempatan melalui medium pembelian tanpa sempadan ini dengan bertindak tanpa etika seperti menjalankan aktiviti penipuan dalam urus niaga. Oleh itu, bagi melindungi pengguna, pihak KPDNHEP telah mewajibkan setiap peniaga mendedahkan lapan maklumat bagi meraih kepercayaan pengguna untuk memastikan pembelian yang dilakukan adalah selamat dan diyakini. Perkara ini telah disenaraikan dalam Peraturan 3 melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah analisis kandungan, kertas kerja ini akan melihat komponen pendedahan maklumat yang sepatutnya disertakan dalam Peraturan 3 untuk mengetahui sama ada perkara yang disenaraikan memadai bagi memastikan pengguna berurusan dengan peniaga yang bertanggungjawab, di samping turut mengambilkira kemampuan pendedahan komponen tersebut untuk mengelak pengguna daripada ditipu. Dapatan kertas kerja ini seterusnya akan menonjolkan beberapa penambahbaikan yang boleh dimasukkan dalam Peraturan 3.

Item Type:Article
Keywords:Pendedahan maklumat; Ketidakseimbangan maklumat; Pengguna; Penipuan dalam talian; Pembelian dalam talian
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18246
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2022 07:18
Last Modified:18 Mar 2022 00:57

Repository Staff Only: item control page