Siti Zanariah Husain, and Muhammad Adib Samsudin, (2021) Konsep fesyen menurut syarak dan kaitan dengan tabarruj : satu tinjauan literatur. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2). pp. 114-126. ISSN 0127-788X
|
PDF
767kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil/
Abstract
Sejarah pakaian dan fesyen telah bermula seiring dengan perkembangan tamadun manusia. Pakaian yang direka dengan pelbagai gaya yang pada asasnya untuk melindungi badan dari sebarang elemen yang mendatangkan ketidakselesaan kepada pemakainya seperti mengelakkan kesan panas dan sejuk, telah berubah dari semasa ke semasa. mengikut peredaran zaman. Islam tidak pernah menolak kepelbagaian dalam berfesyen dan akhirnya dikaitkan dengan tabarruj. Namun sebagai seorang muslimah, amalan dalam berfesyen hendaklah menurut garis panduan yang telah diberikan oleh Islam agar tidak mengamalkan konsep tabarruj. Artikel ini mengkaji konsep fesyen yang dibenarkan oleh Islam dan kaitan fesyen dengan tabarruj berdasarkan kajian lepas. Metode yang digunakan ialah melalui kajian kepustakaan. Ini kerana bahan yang diperolehi adalah melalui artikel dan bahan rujukan diperpustakaan sahaja. Hasil kajian di dapati beberapa garis panduan yang disebut sebagai tabarruj dalam berfesyen. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sedikit panduan dan rujukan dalam bidang berkaitan. Implikasi kajian artikel ini memberi garis panduan dalam berfesyen kepada Wanita Muslimah agar tidak tabarruj dalam berfesyen. Ini kerana Islam mengatur corak kehidupan manusia dalam setiap aspek baik dari ekonomi, politik mahupun sosial yang sudah pasti untuk kebaikan manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Fesyen; Pakaian berlandaskan al-Quran dan al-Hadis; Tabarruj dan bentuk-bentuk |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 18248 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Mar 2022 07:34 |
Last Modified: | 18 Mar 2022 00:59 |
Repository Staff Only: item control page