Analisis perubahan konsep kontrak dalam prosedur pelaksanaan produk Ar-Rahnu dan kesannya

Aida Rasyiqah Zulkifli, and Zamzuri Zakaria, (2021) Analisis perubahan konsep kontrak dalam prosedur pelaksanaan produk Ar-Rahnu dan kesannya. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2). pp. 146-154. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
640kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Penawaran produk Ar-Rahnu berasaskan konsep tawarruq diperkenalkan bagi mengganti konsep qard yang diputuskan tidak patuh syarak oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia kerana ada isu qard jarra naf'an dan bai' wa salaf pada amalan caj upah simpanan. Sejauhmana perubahan ini berlaku dan apakah kesan kepada prosedur pelaksanaan produk? Kajian akan menganalisis perubahan konsep kontrak terhadap prosedur pelaksanaan produk Ar-Rahnu dan seterusnya mengkaji kesan perubahan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan dan temu bual separa struktur. Analisis dibuat berdasarkan empat elemen dalam prosedur pelaksanaan produk iaitu elemen ujian ketulenan dan jenis, elemen kontrak perjanjian, elemen notis peringatan dan elemen perundangan dan takaful. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan konsep kontrak dalam produk Ar-Rahnu sememangnya memberi perubahan yang ketara pada elemen kontrak perjanjian kerana berlaku urusniaga jualan komoditi dalam transaksi Ar-Rahnu dan berlaku pertambahan terhadap pihak yang berkontrak. Seterusnya, tiada perubahan yang berlaku pada elemen ujian ketulenan dan jenis serta perundangan dan takaful. Selanjutnya, terdapat perubahan pada elemen notis peringatan dari aspek kaedah tebusan di Ar-Rahnu AgroBank sahaja kerana barang yang ingin ditebus akan dinilai semula mengikut harga emas semasa. Perubahan tersebut telah memberi kesan terhadap prosedur pelaksanaan produk dari aspek prosedur pelaksanaan bertambah kerana berlaku transaksi urusniaga jualan komoditi, berlaku penambahan dokumen perjanjian kepada 2 iaitu kontrak murabahah dan wakalah, jumlah bayaran upah simpan berubah selepas enam bulan berikutnya, pihak yang berkontrak bertambah kerana adanya pihak ketiga dan tempoh menunggu menjadi lama jika terdapat masalah gangguan teknikal dengan sistem bursa. Akhir sekali, kajian mendapati bahawa perubahan konsep kontrak telah memberi kesan yang positif dari sudut konsep syariah dan struktur produk kerana terdapat urusniaga jualan komoditi dan transaksi dapat dilaksanakan tanpa ada unsur gharar.

Item Type:Article
Keywords:Tawarruq dalam Ar-Rahnu; Qard dalam Ar-Rahnu; Prosedur Ar-Rahnu
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:18251
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2022 07:55
Last Modified:18 Mar 2022 01:02

Repository Staff Only: item control page