Hidrogel berasaskan pektin kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus) sebagai pembawa ubat melalui sistem penghantar oral

Azwan Mat Lazim, and Farahain Mokhtar, and Kalaivani Sanger, and A. Azfaralariff, and Izwan Ishak, and I. Faiz Mustafa, and S.I. Zubairi, and Shazrul Fazry, and Rizafizah Othaman, and Mazlan Mohamed, and Norhakimin Abdullah, and H.H. Hamzah, (2021) Hidrogel berasaskan pektin kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus) sebagai pembawa ubat melalui sistem penghantar oral. Sains Malaysiana, 50 (11). pp. 3263-3273. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
855kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil11...

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada aplikasi hidrogel berasaskan ekstrak pektin daripada kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus) yang digunakan sebagai biobahan pembawa ubat. Sebanyak 5 sampel telah disediakan dengan peratus komposisi pektin yang berbeza (0%, 0.5%, 1.0%, 1.5%, 2.0%). Keputusan menunjukkan hidrogel dengan 1.0% pektin telah mengembang secara maksimum pada pH 7. Imej daripada mikroskop elektron pengimbas (SEM) mendapati saiz keporosan hidrogel meningkat dengan penambahan pektin. Potensi hidrogel sebagai agen pembawa ubat telah dilakukan dengan melihat kecekapan muatan ubat, ujian perlepasan ubat dan ujian biodegradasi di dalam saluran pencernaan menggunakan medium simulasi perut (SGF), usus (SIF) dan kolon (SCF) secara in-vitro secara tanpa/kehadiran enzim. Hasil ujian ketoksikan menggunakan kaedah embrio ikan kuda belang (Danio rerio) telah memberikan keputusan yang negatif terhadap hidrogel yang diuji.

Item Type:Article
Keywords:Hidrogel; Oral; Pektin; Pembawa ubat
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:18298
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Mar 2022 08:33
Last Modified:06 Apr 2022 05:24

Repository Staff Only: item control page