Pengasingan dan pengesanan asid deoksiribonukleik (DNA) spesies haiwan menggunakan multipleks tindak balas rantaian polimerase (PCR) daripada minyak sapi

Nurul Hanisah Noor Azli, and Sahilah Abd Mutalib, and Haslaniza Hashim, and Maaruf Abd Ghani, and Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, (2021) Pengasingan dan pengesanan asid deoksiribonukleik (DNA) spesies haiwan menggunakan multipleks tindak balas rantaian polimerase (PCR) daripada minyak sapi. Sains Malaysiana, 50 (11). pp. 3275-3284. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
394kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil11...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengesan asid deoksiribonukleik (DNA) spesies haiwan dalam campuran minyak sapi menggunakan teknik tindak balas rantaian polimerase (PCR) multipleks. Kebolehdapatan DNA daripada produk berminyak membolehkan analisis PCR dijalankan dan sekaligus boleh menentukan kehadiran spesies haiwan produk tersebut dengan menggunakan primer haiwan yang khusus-spesies. Gen sasaran adalah DNA mitokondria (mtDNA) Sitokrom oksidase II (COII) untuk menentukan lembu, manakala mtDNA tRNA-ATP8 dan DNA nuklear (nDNA) Elemen Nuklear Berselang pendek (SINE) untuk menentukan babi. Terdapat satu kawalan (S1) dan tiga sampel campuran minyak sapi dengan gelatin babi ditambah pada kepekatan berbeza iaitu 1%, 3% dan 5% (w/v) (S2, S3 dan S4). Analisis PCR simpleks menggunakan primer spesies-spesifik yang disebutkan, berjaya mengamplifikasi DNA lembu dengan amplikon bersaiz 165 bp (COII) dan DNA babi dengan amplikon 212 bp (tRNA-ATP8) dan 161 bp (SINE). Manakala, teknik PCR multipleks yang telah dioptimumkan menggunakan primer mtDNA (tRNA-ATP8) dan nDNA (SINE) untuk menentukan kehadiran haiwan babi, juga menghasilkan amplikon bersaiz yang sama. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa kaedah PCR multipleks adalah kaedah yang mudah, ringkas dan pantas untuk menentukan kehadiran DNA babi di dalam sampel campuran produk minyak sapi selain daripada kaedah PCR simpleks.

Item Type:Article
Keywords:Minyak sapi; PCR multipleks; Pengasingan; Pengenalpastian DNA; Primer khusus-spesies
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:18299
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Mar 2022 08:40
Last Modified:06 Apr 2022 06:04

Repository Staff Only: item control page