Pengoptimuman campuran enzim selulase rekombinan untuk penguraian tandan kosong kelapa sawit

Shazilah Kamaruddin, and Farah Diba Abu Bakar, and Abdul Munir Abdul Murad, (2021) Pengoptimuman campuran enzim selulase rekombinan untuk penguraian tandan kosong kelapa sawit. Sains Malaysiana, 50 (12). pp. 3547-3556. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
713kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil12...

Abstract

Penggunaan enzim selulase untuk penguraian biojisim pertanian lignoselulosa telah lama dikaji dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kecekapan proses hidrolisis. Keberkesanan penguraian biojisim pertanian kepada gula ringkas memerlukan satu campuran enzim yang mengandungi pelbagai jenis aktiviti selulolitik. Dalam kajian ini, satu campuran multi-enzim rekombinan yang terdiri daripada tiga komponen asas selulase iaitu endoglukanase (EglB) dan β-glukosidase (BglA) daripada Aspergillus niger serta selobiohidrolase (CbhII) daripada Trichoderma virens telah dibentuk khusus untuk hidrolisis tandan kosong kelapa sawit (TKKS). Penghasilan enzim selulase rekombinan telah dilakukan menggunakan hos pengekspresan Pichia pastoris. Pengoptimuman nisbah enzim untuk tindak balas ditentukan menggunakan Kaedah Gerak Balas Permukaan (RSM). Hasil menunjukkan hidrolisis TKKS pada suhu 50 °C dan pH 5.0 menggunakan enzim pada nisbah 641.4 unit CMCase: 10.14 unit Avicelase: 93.8 unit β-glukosidase, menghasilkan gula terturun dan glukosa tertinggi, masing-masing sebanyak 63 mg dan 40 mg per gram substrat TKKS. Hasil hidrolisis TKKS oleh campuran multi enzim yang telah dibentuk dalam kajian ini menunjukkan ketiga-tiga gabungan enzim rekombinan ini berpotensi untuk digunakan bagi penguraian TKKS.

Item Type:Article
Keywords:Biojisim pertanian; Hidrolisis enzim; Kaedah gerak balas permukaan; Koktel enzim
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:18323
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Apr 2022 00:13
Last Modified:11 Apr 2022 04:57

Repository Staff Only: item control page