Pengenalpastian bakteria tanah yang mempunyai aktiviti antikulat terhadap patogen kelapa sawit, Ganoderma boninense

Aqilah Yusoff, and Fatin Humairah M. Ashaari, and Muhammad Asyraff Abd Samad, and Anis Farhan Fatimi Ab Wahab, and Izwan Bharudin, (2021) Pengenalpastian bakteria tanah yang mempunyai aktiviti antikulat terhadap patogen kelapa sawit, Ganoderma boninense. Sains Malaysiana, 50 (12). pp. 3557-3567. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil12...

Abstract

Penyakit reput pangkal batang (BSR) yang berpunca daripada kulat fitopatogen Ganoderma boninense merupakan ancaman terbesar kepada tanaman kelapa sawit di Malaysia. BSR menyebabkan pengurangan hasil tandan sawit dan kematian terhadap pokok kelapa sawit terjangkit, seterusnya menyebabkan kerugian yang besar kepada ekonomi negara pengeluar. Penggunaan racun kimia juga telah diaplikasikan bagi menangani BSR, namun begitu, kaedah ini tidak mampu mengatasi serangan kulat ini. Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti potensi penggunaan agen kawalan biologi seperti mikroorganisma antagonis dalam mengawal penyakit BSR. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti mikroorganisma pencilan tempatan yang mempunyai kesan antagonistik terhadap G. boninense. Sebanyak 49 kultur bakteria tulen telah dipencilkan dari kawasan sekitar Bangi, Selangor, Malaysia. Tiga pencilan iaitu masing-masing dua strain daripada genus Burkholderia dan satu daripada Streptomyces menunjukkan aktiviti antagonistik yang kuat terhadap miselia dwikarion G. boninense strain PER71 dengan nilai Peratusan Perencatan Pertumbuhan Radius (PIRG) melebihi 70% dalam dua asai antikulat yang berbeza. Analisis jujukan DNA bagi semua pencilan telah menunjukkan spesies bakteria tersebut mempunyai kesamaan yang tinggi dengan jujukan nukleotida 16S rRNA daripada Burkholderia stagnalis, B. cepacia dan Streptomyces gelaticus. Bakteria yang digunakan di dalam kajian ini mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan sebagai agen kawalan biologi dalam menghalang penyebaran G. boninense terutamanya di dalam ladang kelapa sawit di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Antagonis; BSR; Burkholderia; Kawalan biologi; Kulat patogen; Streptomyces
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:18324
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Apr 2022 00:20
Last Modified:11 Apr 2022 04:31

Repository Staff Only: item control page