Pengoptimuman parameter bagi selulosa tandan kosong kelapa sawit (TKKS) teresterifikasi

Marhaini Mostapha, and Fatihah Azamkamal, and Kushairi Mohd Salleh, and Umar Adli Amran, and Gan, Sinyee and Sarani Zakaria, (2021) Pengoptimuman parameter bagi selulosa tandan kosong kelapa sawit (TKKS) teresterifikasi. Sains Malaysiana, 50 (12). pp. 3719-3732. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
988kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil12...

Abstract

Pengubahsuaian kimia terhadap selulosa tandan kosong kelapa sawit (TKKS) menggunakan agen pengesteran asid etilena diamina tetraasetik (EDTA) dan asid asetik (AA) dengan parameter yang berbeza dikaji dan dioptimumkan. Pada peringkat awal, pulpa TKKS telah dirawat menggunakan empat peringkat pelunturan (D-E-E-D) untuk menghasilkan selulosa TKKS. Seterusnya, selulosa TKKS melalui proses esterifikasi menggunakan AA dan EDTA yang dibantu oleh sistem pemanasan gelombang mikro bagi tujuan penambahbaikan keberkesanan pengesteran. Pengaruh parameter pra-rawatan terhadap kestabilan termal dan perubahan kumpulan berfungsi dioptimumkan dengan menggunakan reka bentuk komposit pusat (CCD), pemodelan permukaan tindak balas (RSM) diikuti dengan analisis termogravitometri (TGA) dan analisis kumpulan berfungsi (FT-IR). Didapati terdapat perbezaan ketara (produk esterifikasi) berlaku kepada selulosa TKKS yang diubah suai menggunakan EDTA berbanding AA pada suhu yang tinggi. Data RSM menunjukkan suhu, masa, dan kepekatan bahan kimia yang dioptimumkan untuk selulosa-AA adalah pada suhu 90 °C, 46 min dan kepekatan 8.18, manakala selulosa-EDTA adalah pada suhu 100 °C, 70 min dan kepekatan 0.7. Berdasarkan analisis CCD, keputusan menunjukkan bahawa rawatan selulosa TKKS dengan agen pengesteran EDTA adalah lebih baik berbanding dengan AA.

Item Type:Article
Keywords:Asid asetik; EDTA; Esterifikasi; RSM; Selulosa
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:18338
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Apr 2022 01:16
Last Modified:11 Apr 2022 04:46

Repository Staff Only: item control page