Polemik dalam cerita rakyat sebagai medium pendidikan moral kepada kanak-kanak

Muhammad Nur Al-Hakim Mohamad Hanafiah, and Mohd Firdaus Che Yaacob, and Siti Fatimah Ab Rashid, and Siti Aishah Jusoh, (2021) Polemik dalam cerita rakyat sebagai medium pendidikan moral kepada kanak-kanak. Jurnal Melayu, 20 (2). pp. 194-212. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
409kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1430

Abstract

Cerita rakyat ialah cerita yang disebarkan turun temurun secara lisan, juga tidak dimiliki secara mutlak oleh individu kerana cerita rakyat dimiliki secara bersama oleh masyarakat. Unsur polemik dapat dilihat dengan ketara dalam kebanyakan cerita rakyat dan tidak dapat dinafikan bahawa polemik membawa kepada perkara negatif. Namun begitu, setiap polemik yang berlaku boleh diambil sebagai iktibar dan teladan oleh kanak-kanak melalui plot cerita dan membawa kepada pembentukan moral positif melalui mesej positif. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti dan membincangkan polemik yang terdapat dalam beberapa cerita rakyat terpilih kepada pembentukan moral kanak-kanak. Batasan kajian merujuk kepada beberapa cerita rakyat yang bertajuk Puteri Sejinjang Dan Puteri Santubong, Menuntut Bela, Kapak Emas, Melanggar Janji, Bawang Merah Bawang Putih dan Pemburu Yang Tidak Tahu Bersyukur menerusi teks 366 Cerita Rakyat di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga mengaplikasikan pendekatan Takmilah melalui prinsip hubungan karya dengan khalayak sebagai deduktif kajian. Kaedah kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan dan kajian teks. Hasil kajian ini dapat membuktikan unsur polemik dalam cerita rakyat sangat membantu pembentukan moral dalam diri kanak-kanak.

Item Type:Article
Keywords:Cerita rakyat; Kanak-kanak; Pembentukan moral; Polemik; Takmilah
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18370
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 00:08
Last Modified:13 Apr 2022 04:00

Repository Staff Only: item control page