Analisis kontrastif metafora konsepsi takut dalam bahasa Melayu dan Inggeris

Mohammad Khairulanwar Abdul Ghani, (2021) Analisis kontrastif metafora konsepsi takut dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Jurnal Melayu, 20 (2). pp. 247-266. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
426kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1430

Abstract

Fauconnier (1994) menggambarkan emosi sebagai “an extremely complex structure”. Meskipun emosi terwujud sebagai sebuah entiti yang sifatnya abstrak dan kompleks untuk difahami, namun bentuk-bentuk simboliknya masih tetap boleh dijejaki. Jelas Gademar (1976), apa sahaja bentuk yang melahirkan ekspresi perasan (emosi) dan pemikiran manusia, maka ia dianggap sebagai teks yang boleh dianalisis dan difahami secara konkrit. Oleh itu, makalah ini secara sederhana cuba meneliti pengaruh budaya terhadap konseptualisasi metafora dan metonimi TAKUT dalam dua bahasa, iaitu Melayu dan Inggeris. Data bagi metafora emosi TAKUT dalam kajian ini diperoleh secara terus daripada pangkalan korpus DBP dengan bersumberkan sebuah majalah seram, iaitu Mastika. Asas perbandingannya adalah berdasarkan The Conceptual Metaphors of Fear in English oleh Kövecses (1990). Untuk memenuhi objektif tersebut, maka dua pendekatan telah dipilih untuk diterapkan dalam kajian ini, iaitu kaedah Pengecaman Metafora oleh Steen (2007) dan teori Integrasi Konseptual oleh Fauconnier dan Turner (1998, 2002). Dapatan kajian menunjukkan bahawa metafora konsepsi TAKUT yang bersifat sejagat bagi kedua-dua bahasa ialah TAKUT ADALAH CECAIR DI DALAM BEKAS. Hal ini dapat dijelaskan melalui konsep pengalaman badaniah atau embodied experience dengan andaian bahawa setiap manusia memiliki sistem pengalaman kognitif yang sama. Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan minimal yang wujud antara kedua-dua bahasa tersebut. Boleh dikatakan bahawa kepelbagaian yang muncul itu adalah disebabkan oleh motivasi sosiobudaya yang berbeza. Kajian ini secara tidak langsung telah mengukuhkan hipotesis yang diusulkan oleh Kövecses (1990), iaitu kebolehan menggunakan bahasa merupakan satu keupayaan kognitif yang dipengaruhi secara kolektif oleh inventori bahasa, sosiobudaya dan pengalaman individu.

Item Type:Article
Keywords:Budaya; Metafora konsepsi; Metonimi konsepsi; Persamaan dan perbezaan; Semantik kognitif
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18373
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 00:18
Last Modified:13 Apr 2022 04:03

Repository Staff Only: item control page