Muhammad Sahfiq Amran, and Mas Rynna Wati Ahmad, (2021) Rasa emosi Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah. Jurnal Melayu, 20 (2). pp. 267-281. ISSN 1675-7513
|
PDF
472kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1430
Abstract
Penyampaian emosi dalam teks berbentuk prosa klasik adalah berbeza dengan penyampaian emosi dalam penulisan sastera moden. Jurang perbezaan tersebut dilihat dari sudut penggunaan daftar kata sastera lama dalam prosa klasik yang menyukarkan pemahaman konteks dan kurang menarik minat pembaca khususnya remaja. Namun, Hikayat Hang Tuah adalah sastera agung masyarakat Melayu yang diceritakan dari satu generasi ke satu generasi lain dan menjadi tanggungjawab untuk kita untuk mengapresiasi dan seterusnya sentiasa memelihara kewujudannya. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis emosi marah, sedih dan keperiwaraan dalam teks berbentuk prosa tradisional. Korelatif serta tindakan yang diambil ketika berada dalam ketiga-tiga emosi tersebut juga dijelaskan dengan terperinci. Metodologi yang diterapkan ialah pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Bahan kajian yang digunakan ialah teks Hikayat Hang Tuah hasil penyelidikan dan diperkenalkan oleh Kassim Ahmad, dengan pengenalan tambahan oleh Noriah Mohamed terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2017. Kajian ini menganalisis rasa berang, duka dan keperwiraan dalam watak serta perwatakan Hang Jebat sahaja. Adaptasi kerangka teori Rasa-Fenomenologi yang dipelopori oleh Sohaimi Abdul Aziz dilakukan bagi mendukung kritikan serta analisis teks yang lebih berstruktur. Dapatan kajian menemukan ketiga-tiga rasa duka, berang dan wira melalui watak serta perwatakan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah. Melalui ketiga-tiga rasa tersebut, pengkaji menemukan hubungkait yang menjadi punca kepada wujudnya emosi itu serta dapat dibuktikan dengan tindakan yang dilakukan oleh watak Hang Jebat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Berang; Duka; Hikayat Hang Tuah; Teori Rasa-Fenomenologi; Wira |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 18374 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Apr 2022 00:21 |
Last Modified: | 13 Apr 2022 04:05 |
Repository Staff Only: item control page