Budaya mewakaf meriam pada institusi masjid dalam masyarakat Melayu sebelum abad ke-20

Mohd Hasanuddin Mohd Yusof, and Zuliskandar Ramli, (2021) Budaya mewakaf meriam pada institusi masjid dalam masyarakat Melayu sebelum abad ke-20. Jurnal Melayu, 20 (2). pp. 282-297. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
828kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1430

Abstract

Beberapa buah masjid lama di Alam Melayu terutama di Semenanjung Malaysia terdapat meriam lama yang diletakkan di halaman masjid. Oleh itu, satu kajian telah dilakukan ke atas dua pucuk meriam yang terletak di halaman Masjid Lama Kampung Hulu, Melaka. Kajian dilakukan secara kualitatif dengan membuat pemerhatian ke atas inskripsi Arab yang tertera pada meriam tersebut. Hasil daripada kajian mendapati bahawa meriam tersebut telah diwakafkan oleh satu tokoh yang berjawatan Penjaga Perbendaharaan kepada Masjid Kampung Hulu. Dengan itu, catatan tersebut dapat membuktikan bahawa sebelum abad ke-20, amalan mewakafkan meriam pada institusi masjid menjadi satu budaya dan tradisi dalam kalangan umat Islam di Alam Melayu. Wakaf meriam diamalkan disebabkan kepentingan meriam sebagai salah satu alat komunikasi yang penting seperti untuk menyampaikan pengumuman kedatangan bulan Ramadan, pengumuman masuknya waktu berbuka dan waktu imsak serta pengumuman tentang kedatangan Hari Raya. Namun amalan ini telah luput seiring dengan hilangnya kepentingan penggunaan meriam sebagai alat komunikasi bagi institusi masjid di Alam Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Budaya; Komunikasi; Masjid; Melayu; Meriam; Wakaf
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18375
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 00:24
Last Modified:13 Apr 2022 04:06

Repository Staff Only: item control page