Ilmu swaacuan : kasus warisan linguistik Melayu

Mohd Tarmizi Hasrah, (2021) Ilmu swaacuan : kasus warisan linguistik Melayu. Jurnal Melayu, 20 (2). pp. 298-313. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1430

Abstract

Makalah ini membincangkan isu linguistik Melayu yang mandiri. Ada dua dorongan yang melatarinya iaitu tanggapan sedia ada yang disifatkan tidak adil kepada karya nahu yang dikarang oleh ilmuwan watan khususnya sebelum kemunculan linguistik moden, dan ketiadaan pengiktirafan daripada ilmuwan grafisejarah linguistik mengenai suatu warisan ilmu yang digelar sebagai linguistik Melayu. Makalah ini berhujah, untuk berlaku adil kepada ilmuwan watan yang mengarang karya nahu bahasa Melayu, selain untuk menerbitkan linguistik Melayu sebagai ilmu yang mandiri justeru berpotensi diangkat sebagai salah satu warisan ilmu yang patut diiktiraf, kelihan semula terhadap khazanah pengaryaan mengenai bahasa Melayu adalah satu keperluan. Akan tetapi, kelihan tersebut bukan disandarkan pada kerangka grafisejarah yang lazim dalam linguistik. Makalah ini sebaliknya menerapkan gagasan pemeribumian ilmu. Hal ini kerana tujuan utamanya adalah untuk menggali ilmu dalam kebudayaan sendiri. Penerapannya membolehkan makalah ini mencungkil dan merekonstruksi makna reti bahasa, lantas mengangkatnya sebagai dasar falsafah serta matlamat linguistik Melayu. Maka, dengan reti bahasa, warisan linguistik Melayu patut dilihat sebagai tidak sekadar pemerian sistem bahasa yang hanya berhenti pada bahasa itu sendiri, tetapi yang paling penting adalah matlamat akhirnya. Reti bahasa menunjukkan warisan linguistik Melayu mengandungi tiga matlamat utama yang perlu diserlahkan dalam setiap karya nahu bahasa Melayu iaitu tatabahasa, tataberbahasa dan tatanilai. Ketiga-tiganya meletakkan warisan linguistik Melayu melampaui preskriptifisme dan deskriptifisme kerana di sana terkandung dimensi pembentukan akhlak manusia.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Ilmu swaacuan; Reti bahasa; Pemeribumian ilmu; Warisan linguistik Melayu
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18376
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 00:29
Last Modified:13 Apr 2022 04:07

Repository Staff Only: item control page