Pemerolehan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun

Burhan Murshidi Baharon, and Karim Harun, and Rusydiah A. Salam, (2021) Pemerolehan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun. Jurnal Melayu, 20 (2). pp. 314-328. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
393kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1430

Abstract

Bidang pemerolehan bahasa terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pemerolehan sintaksis, pemerolehan semantik dan pemerolehan fonologi. Kajian ini membincangkan aspek pemerolehan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak Melayu dengan menggunakan pendekatan Teori Mentalis. Kajian sebelum ini mendapati bahawa jenis ayat yang paling banyak dipertuturkan oleh kanak-kanak ialah ayat penyata berbanding ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Justeru, kajian ini akan membincangkan pemerolehan aspek sintaksis dengan memberi tumpuan kepada jenis dan pola ayat bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan di Tadika Tunas Permata, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Untuk mendapatkan data pengkaji menggunakan seorang responden, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang merupakan penutur natif bahasa Melayu. Data kajian diperoleh melalui akviti mewarna dan aktiviti bercerita. Dalam aktiviti bercerita, pengkaji akan menunjukkan sekeping gambar dan meminta responden bercerita berdasarkan gambar tersebut. Manakala dalam aktiviti mewarna, responden diminta bercerita sambil melakukan aktiviti mewarna. Pengkaji menggunakan kaedah rakaman dengan menggunakan telefon pintar. Tahap penguasaan sintaksis kanak-kanak juga akan diukur menggunakan Min Panjang Ujaran (MPU). Hasil kajian mendapati bahawa jenis ayat penyata paling banyak digunakan oleh kanak-kanak semasa usia lima tahun berbanding ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Hal ini bermakna kecenderungan kanak-kanak menghasilkan ayat penyata dan diikuti dengan ayat lain menunjukkan tahap pemerolehan bahasa selari dengan peringkat perkembangan diri kanak-kanak yang berusia lima tahun berdasarkan Teori Mentalis. Kanak-kanak berusia lima tahun ini juga berkebolehan untuk menghasilkan ayat dasar mengikut pola-polanya dan juga ayat majmuk. Penghasilan pola ayat dasar dilihat lebih tinggi berbanding pola ayat majmuk.

Item Type:Article
Keywords:Kanak-kanak berusia lima tahun; Melayu; Pemerolehan bahasa; Sintaksis; Teori mentalis
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18377
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 00:36
Last Modified:13 Apr 2022 04:07

Repository Staff Only: item control page