Perbandingan dialek Melayu Kelantan dan dialek Melayu Terengganu

Riduan Makhtar, and Ain Atiqah Latiff, and Nur Ezzati Nabilah Badaruddin, and Mohd. Firdaus Azharuddin, (2021) Perbandingan dialek Melayu Kelantan dan dialek Melayu Terengganu. Jurnal Melayu, 20 (2). pp. 329-345. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
525kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1430

Abstract

Makalah ini membandingkan dialek Melayu Kelantan dan dialek Melayu Terengganu dengan tumpuan kepada aspek penyebaran segmen konsonan dan vokal pada lingkungan awal, tengah dan akhir kata. Pendekatan struktural dimanfaatkan sepenuhnya dalam penganalisisan data dan persembahan dapatan kajian. Berasaskan reka bentuk kajian kualitatif, kajian ini menerapkan teknik temu bual, pemeran dan perakaman bagi proses pencuplikan data lapangan. Dapatan membuktikan bahawa dialek Kelantan dan Terengganu mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan linguistik yang ketara. Dialek Kelantan mempunyai 18 fonem konsonan iaitu /p, b, t, d, k, / dan lapan fonem vokal iaitu /i, e, , , , u, o, / yang menempati posisi awal, tengah dan akhir kata. Manakala dialek Terengganu pula mempunyai 19 fonem konsonan iaitu /p, b, t, d, k, / dan lapan fonem vokal iaitu /i, e, , , , u, o, / yang juga menempati posisi awal, tengah, dan akhir kata. Perbezaan yang ketara pada kedua-dua kawasan ini adalah kewujudan rangkap konsonan // pada kedudukan akhir kata pada perkataan /pisa/, /uda/, dan /kaca/. Penemuan ini diharap sedikit sebanyak dapat menyerlahkan varian dialek Kelantan di daerah Gua Musang serta perbezaan dan persamaannya dengan dialek Melayu Terengganu.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Kelantan; Dialek Terengganu; Konsonan; Struktural; Vokal
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18378
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 00:40
Last Modified:13 Apr 2022 04:09

Repository Staff Only: item control page