Siva Perumal Narayanan, and Vijayaletchumy Subramaniam, (2021) Pembangunan kit inovasi kata berimbuhan bagi murid sekolah rendah. Jurnal Melayu, SI . pp. 394-410. ISSN 1675-7513
|
PDF
431kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan kit inovasi kata berimbuhan untuk mengatasi masalah penguasaan kata berimbuhan dalam kalangan murid sekolah rendah. Kit inovasi ini berperanan sebagai bahan alternatif aktiviti PdPc kata berimbuhan, bahan sokongan tenaga akademik untuk mempelbagaikan teknik pengajaran serta menyediakan pelbagai variasi soalan yang menjurus kepada penguasaan kata berimbuhan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and development Research Approach) yang diasaskan oleh Richey dan Klien (2007). Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan yang melibatkan 163 orang murid dan lima orang ketua panitia bahasa Melayu bagi mendapatkan maklum balas tentang keperluan kepada pembinaan kit inovasi kata berimbuhan. Fasa kedua kajian merangkumi pendekatan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) untuk membangunkan kit inovasi kata berimbuhan berdasarkan pandangan keputusan panel pakar yang terdiri daripada 20 orang pakar. Fasa terakhir kajian ini ialah fasa penilaian kebolehgunaan kit inovasi kata berimbuhan. Kajian kuasi eksperimen dijalankan terhadap 68 orang murid yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan keseluruhan fasa pertama menunjukkan semua murid dan guru memerlukan kit sokongan berupa bahan alternatif untuk menguasai kata berimbuhan. Dapatan konsensus pakar, dalam fasa kedua menunjukkan kesemua konstruk kit inovasi mencapai kesepakatan pakar yang baik antara panel pakar dalam pembinaan item kit inovasi iaitu melebihi 66.7%. Hasil kajian kuasi eksperimen dalam fasa ketiga pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min pencapaian keseluruhan aspek kata berimbuhan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Pembangunan kit inovasi kata berimbuhan berupaya meningkatkan penguasaan imbuhan murid sekolah rendah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa Melayu; Kata berimbuhan; Kit inovasi; Murid; Sekolah rendah |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 18383 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Apr 2022 06:22 |
Last Modified: | 13 Apr 2022 04:24 |
Repository Staff Only: item control page