Nurul Aliah Sofea Muhammad Bakti, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, (2021) Perubahan pembuatan batik kapas di Terengganu. Jurnal Melayu, SI . pp. 454-472. ISSN 1675-7513
|
PDF
886kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan perubahan terkini yang berlaku kepada batik kapas sebagai salah satu daripada warisan batik Melayu tradisi di negeri Terengganu, Malaysia. Batik merupakan salah satu tekstil dalam warisan kesenian dan kebudayaan Melayu yang sangat berciri khas. Walaupun begitu, aspek penghasilan seni batik Melayu tradisi ini sering berubah mengikut kehendak dan tuntutan zaman. Oleh kerana keluwesan yang sedemikian, perusahaan batik tradisi ini masih dapat bertahan merentas zaman walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dunia tekstil dan fesyen global. Namun, perubahan ini tidak dapat dibuktikan melainkan dengan dibuat kajian spesifik dan bersifat semasa mengenainya. Kawasan kajian yang dipilih adalah di Batik Desa Paloh yang terletak di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti latar belakang batik kapas dan aspek penghasilannya di masa kini serta menganalisis aspek-aspek perubahan pada padanya dan faktor-faktor perubahan tumpuan para pengusaha dari batik sutera kepada batik kapas. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan seperti tinjauan, temu bual berfokus dan rakaman fotografi. Data dianalisis menggunakan konsep perubahan. Hasil kajian menunjukkan batik kapas khususnya tidak mengalami perubahan dari segi material kapas yang digunakan untuk menghasilkannya. Namun, beberapa perubahan lain dapat dikesan seperti perubahan pada penghasilan corak motif, proses atau teknik penghasilan batik kapas, rekaan atau bentuk penggunaan dan sasaran para penggunanya oleh para pengusaha. Faktor-faktor perubahan tumpuan para pengusaha batik tempatan dari menghasilkan batik sutera kepada batik kapas secara meluas ialah faktor pemilihan motif, harga, permintaan, persekitaran, hubungan serantau dan kecanggihan teknologi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Batik kapas; Batik sutera; Tekstil; Terengganu; Warisan |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 18387 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Apr 2022 06:41 |
Last Modified: | 13 Apr 2022 04:28 |
Repository Staff Only: item control page