Tok Dalang Hussin Yusoff tokoh pedalangan wayang kulit Kelantan

Mohd. Kamrulbahri Hussin, and Mohd. Yuszaidy Mohd. Yusoff, (2021) Tok Dalang Hussin Yusoff tokoh pedalangan wayang kulit Kelantan. Jurnal Melayu, SI . pp. 473-486. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
291kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446

Abstract

Kajian ini mengenai Tok Dalang Hussin Yusoff, seorang dalang wayang kulit yang dahulu amat bergiat aktif dan terunggul dalam dunia pewayangan kulit. Beliau mempunyai kemahiran yang tiada tolok bandingnya dalam dunia persembahan seni dan wayang kulit. Beliau juga mempunyai kemahiran membuat dan bermain semua alat muzik dalam ensembel wayang kulit Kelantan seperti gendang, gedombak, gong dan serunai dan kemahiran menghasilkan patung wayang. Objektif kajian ini ingin merungkai kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh beliau dalam bidang perdalangan wayang kulit. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Kajian lapangan terdiri daripada pemerhatian ikut serta dan temu bual separa strukur. Kajian temu bual separa struktur dilakukan ke atas beberapa tok dalang yang masih ada dan aktif dalam perdalangan wayang kulit. Kajian ini juga menggunakan analisis tematik dan analisis kandungan untuk memperolehi data yang betul. Hasil penemuan mendapati bahawa bakat yang ada, rajin, sentiasa berusaha, sikap ingin mengetahui sesuatu dan sentiasa melakukan latihan dapat melahirkan seorang tokoh pedalangan berkemahiran tinggi dan unggul. Hasil kajian mendapati Tok Dalang Hussin Yusoff merupakan seorang dalang yang berjaya dan memiliki kemahiran tinggi dalam bidang perwayang kulit. Justeru itu, kemahiran yang dimiliki oleh Tok Dalang Hussin Yusoff boleh dijadikan sebagai tanda aras untuk melahirkan seorang dalang berkemahiran tinggi dan unggul.

Item Type:Article
Keywords:Hussin Yusoff; Muzik; Persembahan seni; Tok dalang; Wayang kulit
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18388
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 06:49
Last Modified:13 Apr 2022 04:29

Repository Staff Only: item control page