Aspek sosiologi filem Pendekar Bujang Lapok (1959)

Nur Afifah Vanitha Abdullah, and Intan Zainatul Maria Zainudin, (2021) Aspek sosiologi filem Pendekar Bujang Lapok (1959). Jurnal Melayu, SI . pp. 487-505. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
445kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446

Abstract

Filem Pendekar Bujang Lapok (PBL) (1959) arahan P. Ramlee diterbitkan pada era awal kemerdekaan Tanah Melayu. Filem ini adalah filem Melayu pertama menerima anugerah Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-6. Walaupun PBL bergenre komedi, filem ini sarat dengan pemaparan pelbagai isu masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun begitu, kandungan filem ini masih belum dikaji secara mendalam sebagai salah satu bahan ekspresi budaya masyarakat tempatan era awal kemerdekaan Tanah Melayu oleh sarjana bidang pengajian filem Melayu mahupun pengajian budaya. Komponen isi atau tema dalam pendekatan Sosiologi Sastera sebagai Gambaran Masyarakat (SSSGM), diaplikasi bagi meneliti budaya masyarakat Melayu yang dipaparkan dalam filem PBL. Penelitian ini ditumpukan kepada isu sosial, ekonomi dan politik masyarakat Melayu dalam filem tersebut. Data bagi artikel ini diperoleh dengan bersandarkan kajian kualitatif. Kaedah perpustakaan adalah instrumen kajian utama bagi meneliti buku-buku, artikel jurnal, tesis, kertas kerja dan transkripsi dialog filem PBL. Dapatan kajian yang didokumentasi dalam artikel ini adalah, filem PBL cenderung mengetengahkan aspek sosial masyarakat Melayu yang pelbagai, antaranya agama, pendidikan, kekeluargaan, nilai dan moral. Manakala aspek ekonomi dan politik masyarakat Melayu ditonjolkan secara tidak langsung dalam filem ini. Aspek ini dipaparkan melalui pelbagai bentuk pekerjaan kampung, kedudukan ekonomi dan hiraki sosial watak-watak yang menggerakkan konflik dalam plot filem ini. Manakala aspek politik, iaitu sikap negatif penjajah Jepun dan British dipaparkan melalui watak dan perwatakan secara tersirat.

Item Type:Article
Keywords:Budaya Melayu; Kritikan filem; Pendekar Bujang Lapok (1959); P. Ramlee; Sosiologi sastera
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18389
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 06:55
Last Modified:13 Apr 2022 04:30

Repository Staff Only: item control page