Analisis ayat songsang dalam filem Seniman Bujang Lapuk berdasarkan Teori Ubah Alfa

Nasrun Alias, and Nurul Syuhada Mohd Noh, (2021) Analisis ayat songsang dalam filem Seniman Bujang Lapuk berdasarkan Teori Ubah Alfa. Jurnal Melayu, SI . pp. 543-560. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
451kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446

Abstract

Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti dan menghuraikan struktur ayat songsang yang terdapat di dalam skrip filem Seniman Bujang Lapok (SBL) hasil karya P. Ramlee. Kajian ini akan memanfaatkan Teori Ubah Alfa dalam menghuraikan proses transformasi yang berlaku dalam ayat-ayat songsang. Teori Ubah Alfa merupakan antara subteori yang terdapat di dalam Teori Kuasaan Tambatan (Chomsky, 1980). Teori ini digunakan kerana sifatnya yang lebih terkawal dan universal berbanding teori transformasi sebelumnya. Kajian ini dibuat menggunakan kaedah kualitatif untuk menghuraikan hasil dapatan. Hal ini bermakna, dapatan kajian akan dipersembahkan secara deskriptif. Dalam kajian ini, beberapa bahagian skrip filem SBL telah diekstrak untuk mewakili keseluruhan kajian. Oleh hal yang demikian, hasil kajian menunjukkan bahawa skrip filem SBL ini mengandungi pelbagai pola ayat songsang yang melibatkan ayat berbentuk tunggal dan majmuk. Namun, untuk penulisan artikel ini, hanya ayat songsang jenis tunggal sahaja akan dibahaskan. Dalam hal ini, perbincangan akan tertumpu kepada pendepanan keseluruhan predikat dan pendepanan sebahagian predikat.

Item Type:Article
Keywords:Ayat songsang; Filem Melayu; Sintaksis; Teori kuasaan dan tambatan; Teori ubah alfa
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18392
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 07:16
Last Modified:13 Apr 2022 04:32

Repository Staff Only: item control page