Dialek Perak varian Kuala Kangsar : satu pemerian fonetik akustik

Shahidi A.H., and Nurul Huda Ariffin, and Rahim Aman, (2021) Dialek Perak varian Kuala Kangsar : satu pemerian fonetik akustik. Jurnal Melayu, SI . pp. 602-634. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
509kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446

Abstract

Penulisan ini bertujuan menyerlahkan kewujudan perbezaan akustik dalam bunyi plosif bilabial, alveolar dan velar tidak bersuara dan bersuara dalam Dialek Perak dengan menggunakan pendekatan Fonetik Akustik. Data kajian merupakan dialek yang diujarkan oleh penutur natif di Kampung Sayong, Kuala Kangsar. Seramai 16 subjek penutur yang menggunakan Dialek Perak varian Kuala Kangsar dan 4 lagi penutur bagi bahasa Melayu standard. Jumlah token yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 2400 token bagi bunyi plosif pada posisi awal kata dan 2400 lagi pada tengah kata. Menerusi kaedah analisis spektrograf, data spektrogram yang dianalisis telah menunjukkan ciri-ciri akustik bagi bunyi plosif tersebut. Keistimewaan pendekatan Fonetik Akustik akan menyerlahkan isyarat akustiknya untuk sesuatu penganalisisan. Isyarat akustik bagi bunyi plosif adalah merangkumi masa mula suara (Voice Onset Time) pada posisi awal kata dan tempoh masa mula suara (Closure Duration) pada posisi tengah kata. Masa mula suara terbahagi kepada tiga kategori iaitu penyuaraan tertunda panjang (Long Voicing Lag), penyuaraan tertunda singkat (Short Voicing Lag) dan penyuaraan awalan (Voicing Lead). Hasil kajian telah menunjukkan bahawa Dialek Perak varian Kuala Kangsar tergolong dalam kelompok bahasa yang mempunyai sistem bunyi plosif penyuaraan tertunda singkat (SVL) bersamaan penyuaraan awalan (VLd) yang juga sama seperti bahasa Melayu standard. Kajian ini mendapati bahawa isyarat akustik VOT dan CD ini mampu menyerlahkan perbezaan antara bunyi plosif itu sendiri secara berpada dan berwibawa. Oleh itu, kajian ini dapat memberi implikasi yang signifikan terhadap persoalan fonetik dan fonologi Melayu khususnya dalam pemerian varian yang wujud dalam dialek Perak secara berpada dengan menggunakan pendekatan fonetik akustik.

Item Type:Article
Keywords:Akustik; Dialek; Fonetik; Kuala Kangsar; Varian
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18395
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2022 07:36
Last Modified:13 Apr 2022 04:35

Repository Staff Only: item control page