Analisis kualiti hidup pesakit kanser prostat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur

Norzaher Ismail, and Syafiq Taib, and Siti Nor Mat, and Shamsul Azhar Shah, and Nazarudin Safian, (2022) Analisis kualiti hidup pesakit kanser prostat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. International Journal of Public Health Research, 12 (1). pp. 1510-1518. ISSN 2232-0245

[img]
Preview
PDF
372kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/issue/vi...

Abstract

Kanser prostat merupakan ketiga tertinggi bagi golongan lelaki di Malaysia. Data 2018 melaporkan kanser prostat mencatatkan insiden 1,807 kes berbanding 1,186 kes pada tahun 2014. Kanser prostat ini turut memberi kesan terhadap beban penyakit serta beban ekonomi kepada negara dan memberi kesan terhadap kualiti hidup pesakit terutamanya pesakit berumur melebihi 65 tahun. Kajian ini dilakukan bagi mengukur tahap kualiti hidup pesakit kanser prostat dan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup pesakit tersebut. Reka bentuk kajian adalah keratan rentas yang dilakukan dari Januari 2018 sehingga Disember 2018. Sampel kajian terdiri daripada pesakit kanser prostat yang didiagnos dan mendapatkan rawatan di Klinik Urologi, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Onkologi dari tahun 2008 hingga 2017. Kajian menggunapakai set soal selidik EORTC QLQ-C30 dan EORTC QLQ-PR25 yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Seramai 193 pesakit telah mengambil bahagian. Analisis mendapati tahap kanser memberi perbezaan yang signifikan kepada status kesihatan serta fungsi dan simptom kanser prostat (p < 0.001). Kesimpulannya, analisis faktor penentu mendapati umur, skor Gleason dan juga tahap lewat kanser merupakan faktor penentu kepada kualiti hidup pesakit kanser prostat (p < 0.05). Langkah kesedaran, saringan serta rawatan awal dilihat perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan tahap kualiti hidup pesakit kanser prostat di hopital ini.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti hidup; Kanser prostat; Faktor penentu
Journal:International Journal of Public Health Research
ID Code:18413
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Apr 2022 00:46
Last Modified:16 Apr 2022 06:47

Repository Staff Only: item control page