Pan-Islamisme di negeri-negeri Melayu dan reaksi British (1912-1918)

Muhammad Aslah Akmal Azmi, and Ashraf Ahmad Hadi, (2021) Pan-Islamisme di negeri-negeri Melayu dan reaksi British (1912-1918). AKADEMIKA, 91 (3). pp. 3-14. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
314kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422

Abstract

Artikel ini menganalisis perkembangan Pan-Islamisme di Negeri-Negeri Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama. Sebelum Perang Dunia Pertama meletus, kerajaan British di Negeri-Negeri Melayu mengamalkan hubungan diplomatik dengan pelbagai negara. Keterbukaan ini memberi ruang kepada negara-negara lain untuk mengadakan hubungan ekonomi dan sosial dengan penduduk Negeri-Negeri Melayu. Turki merupakan antara negara yang mempunyai hubungan baik dengan British telah memberi ruang kepada negara tersebut untuk mempunyai hubungan diplomatik dengan Negeri-Negeri Melayu. Pan-Islamisme mula menjadi isu hangat apabila sekumpulan inteklekual muda di Turki telah mencetus idea dan gerakan kesatuan Islam sejagat. Kesannya, semangat Pan-Islamisme telah mula tersebar ke Negeri-Negeri Melayu. Semangat ini mempengaruhi masyarakat Islam untuk menyokong kerajaan Turki atas prinsip kesatuan umat Islam sejagat. Walaupun British sedar bahawa perkembangan semangat Pan-Islamisme ini mampu mempengaruhi kesetiaan penduduk Negeri-Negeri Melayu terhadap British namun British tidak dapat menyekat kemasukan pendakwah atau pedagang Turki untuk datang ke Negeri-Negeri Melayu. Hal ini disebabkan British masih mempunyai hubungan baik dengan Turki. Maka, semangat Pan-Islamisme terus berkembang di Negeri-Negeri Melayu sehingga Perang Dunia Pertama meletus pada tahun 1914. Justeru itu, artikel ini menilai sejauhmanakah Pan-Islamisme memberi kesan terhadap perkembangan Pan-Islamisme di Negeri-Negeri Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualititatif dengan meneliti sumber primer seperti dokumen Laporan Tahunan Negeri-Negeri Selat dan fail-fail Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil kajian membuktikan semangat Pan-Islamisme telah diterima oleh penduduk Negeri-Negeri Melayu namun sokongan ini berjaya dikawal oleh British sepanjang zaman Perang Dunia Pertama.

Item Type:Article
Keywords:Pan-Islamisme; Turki; British; Perang dunia pertama; Hubungan diplomatik
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18455
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2022 03:37
Last Modified:18 Apr 2022 06:43

Repository Staff Only: item control page