Malaysian Solidarity Convention (MSC) : pembentukan dan perjuangan terhadap konsep Malaysian Malaysia, 1965-1966

Muhammad Hafiz Isa, and Mohd Samsudin, (2021) Malaysian Solidarity Convention (MSC) : pembentukan dan perjuangan terhadap konsep Malaysian Malaysia, 1965-1966. AKADEMIKA, 91 (3). pp. 39-52. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
364kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422

Abstract

Artikel ini membincangkan pembentukan Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang bermatlamat untuk memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia. MSC secara rasminya telah dibentuk pada 9 Mei 1965 dan merupakan sebuah gabungan parti-parti politik pembangkang yang terdiri daripada People’s Action Party (PAP), United Democratic Party (UDP), People’s Progressive Party (PPP), Sarawak United Peoples’ Party (SUPP) dan Parti Machinda. Pembentukan MSC telah digerakkan oleh PAP terutama sekali Lee Kuan Yew dan Toh Chin Chye yang berusaha mendapatkan sokongan dalam kalangan parti-parti pembangkang. Sehubungan itu, objektif penulisan ini adalah untuk meneliti usaha pembentukan MSC yang dibentuk berdasarkan matlamat untuk memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia. Perbincangan ini merangkumi perkembangan MSC dalam menggerakkan perjuangan konsep Malaysian Malaysia sejak penubuhan gabungan ini sehingga selepas penyingkiran Singapura daripada Persekutuan Malaysia iaitu sepanjang 1965 sehingga 1966. Kajian ini menggunakan metodologi kajian sejarah dengan menganalisis dokumen seperti DO 169/526, 527, 529, DO 530, PREM 13/429, 430 dan Fail PDRM SR/88. Selain itu kajian ini juga menggunakan sumber akhbar iaitu Berita Harian dan The Straits Times. Kajian ini mendapati bahawa pembentukan MSC berjaya mendapat sokongan dan penyertaan dalam kalangan parti bercorak pelbagai kaum. Pembentukan gabungan ini memberi kekuatan dengan menampilkan sokongan daripada parti-parti pembangkang yang bersatu meletakkan matlamat memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia. Gabungan ini tetap bertahan dan bergerak setelah penyingkiran Singapura. Walau bagaimanapun, MSC tidak dapat bertahan lama setelah pada akhirnya mengalami kemerosotan dan berlaku perpecahan.

Item Type:Article
Keywords:Malaysian Solidarity Convention (MSC); Malaysian Malaysia; Lee Kuan Yew; Negara bangsa, Parti Tindakan Rakyat (PETIR)
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18458
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2022 03:53
Last Modified:18 Apr 2022 06:46

Repository Staff Only: item control page