Perkembangan politik Malaysia Pasca PRU-12 : satu tinjauan menerusi perspektif etnosentrisme

Mohd Irwan Syazli Saidin, and Balqis Bazilah Othman, (2021) Perkembangan politik Malaysia Pasca PRU-12 : satu tinjauan menerusi perspektif etnosentrisme. AKADEMIKA, 91 (3). pp. 53-62. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
289kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422

Abstract

Kedinamikan politik Malaysia terserlah setiap kali menjelang musim pilihan raya. Kerencaman latar belakang masyarakat Malaysia menjadikan persaingan politik yang berasaskan garis perkauman, identiti, kelompok etnisiti dan agama yang bersifat ekstrem semakin popular dalam kalangan elit dan pendokong parti politik. Hal ini berlarutan ketika PRU-12 sehingga ke PRU-14, di mana perspektif etnosentrisme telah meningkat secara dramatik dengan setiap isu dan perkara yang berlaku di peringkat setempat mahupun nasional dijadikan hujah politik berlandaskan justifikasi perkauman dan agama. Perkembangan media sosial secara tidak langsung turut memainkan peranan signifikan dalam menyebar luas elemen entnosentrisme di Malaysia. Kajian ini menganalisis perkembangan politik etnosentrisme di Malaysia secara kualitatif menerusi analisis dokumen dan pemerhatian tidak langsung dengan mengambil contoh isu dan peristiwa dominan yang berlaku diantara tahun 2008-2018, dan bagaimana ianya mempengaruhi pola pengundian pilihan raya dalam tempoh tersebut. Manipulasi isu penggunaan kalimah Allah, polemik pengiktirafan UEC, tuntutan HINDRAF dan IFC oleh elit politik dilihat telah mempengaruhi sentimen pengundi bukan Melayu, khususnya dari segi pengurangan sokongan terhadap Barisan Nasional yang memiliki parti-parti komponen berasaskan kaum. Politik etnosentrisme turut mempengaruhi sentimen pengundi Melayu di mana sokongan terhadap UMNO dan PAS selaku parti politik berasaskan ekslusiviti kelompok Melayu Islam dilihat tidak mengalami perubahan ketara malah semakin kukuh bagi ketiga-tiga siri PRU-12, 13 dan 14 sekaligus mengekalkan status quo parti-parti tersebut sebagai parti teras Melayu-Islam di Malaysia. Kajian ini menyimpulkan bahawa politik etnosentrisme sukar digugat di Malaysia, selagi mana isu-isu berasaskan kaum dan agama menjadi ‘propaganda’ kempen politik dan ianya memberi kesan terhadap kesepaduan antara kaum untuk jangka masa panjang.

Item Type:Article
Keywords:Etnosentrisme; Politik Malaysia; Sentimen; Pengaruh; Pasca PRU-12
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18459
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2022 04:16
Last Modified:18 Apr 2022 06:47

Repository Staff Only: item control page