Pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu, 1948-1959 dan pengenalan First Past the Post

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, and Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli, and Siti Norul Aqillah Johar, (2021) Pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu, 1948-1959 dan pengenalan First Past the Post. AKADEMIKA, 91 (3). pp. 63-77. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
380kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422

Abstract

Artikel ini membincangkan pengenalan prinsip First Past The Post (FPTP) dalam sistem pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu (PTM) antara tahun 1948-1959. FPTP merupakan sistem pemilihan calon yang bertanding dalam sesebuah kawasan pilihan raya dan calon yang memperoleh undian terbesar dikira sebagai pemenang meskipun mereka yang mengundi calon tersebut bukanlah kumpulan yang memperoleh majoriti mutlak. Objektif artikel ini bertujuan mengenal pasti permulaan prinsip FPTP dan sejauh mana ia membantu mewujudkan dominasi Melayu dalam dua pilihan raya umum era 1950-an. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dengan menggunakan sumber-sumber primer di Arkib Negara yang terdiri daripada Colonial Office, laporan kerajaan dan akhbar. Melalui penelitian ke atas sumber, didapati FPTP secara jelas mula dipraktikkan dalam pilihan raya peringkat negeri tahun 1954. Pelaksanaan prinsip ini di peringkat kawasan pilihan raya dilihat tidak bermasalah kerana sistem tersebut hanya memerlukan seorang calon dengan undi terbesar diisytihar sebagai pemenang. Kemenangan Perikatan dengan keahlian majoriti dalam majlis perundangan bagi pilihan raya 1955 membolehkan rundingan ke arah kemerdekaan mengambil langkah yang lebih serius. Dalam konteks sistem pilihan raya, Suruhanjaya Reid, badan yang bertanggungjawab merangka perlembagaan merdeka, memutuskan bahawa sistem pemilihan yang akan dipraktikkan dalam pilihan raya pasca merdeka adalah berasaskan prinsip FPTP. Suruhanjaya Reid juga mengambil pendekatan memastikan sempadan kawasan pilihan raya mestilah bersandarkan dominasi Melayu. Harapan tersebut jelas tergambar dalam Pilihan Raya Umum 1959 apabila 66 daripada 104 kawasan pilihan raya yang dipertandingkan adalah dominasi Melayu.

Item Type:Article
Keywords:First Past The Post; Suruhanjaya Reid; Orang Melayu; Pilihan raya; Persekutuan Tanah Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18460
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2022 04:21
Last Modified:18 Apr 2022 06:48

Repository Staff Only: item control page