Hubungan Indonesia-Barat dalam pasca 1965

Rohani Hj. Ab Ghani, (2021) Hubungan Indonesia-Barat dalam pasca 1965. AKADEMIKA, 91 (3). pp. 105-115. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422

Abstract

Kemunculan kerajaan Order Baru yang dipimpin Presiden Suharto telah menukar paradigma dasar luar Indonesia menjadi lebih rapat dengan negara Barat berbanding dengan zaman kekuasaan Presiden Sukarno. Artikel ini membincangkan mengenai senario yang membawa kepada kewujudan peluang kepada negara kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk menguatkan pengaruh di negara itu. Selain itu, artikel ini juga turut menganalisis dimensi hubungan yang lebih makro yang berbentuk multilateral dengan negara-negara sekutu Barat yang lain seperti Australia, New Zealand, Jepun dan Perancis serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini direalisasikan melalui kerjasama ekonomi, sosial dan kebudayaan demi kepentingan pembangunan Indonesia dalam era pentadbiran Order Baru. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historiografi. Data-data sejarah dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan sumber-sumber primer dan sekunder. Bahan-bahan primer merupakan rekod-rekod rasmi kerajaan British yang diperoleh dari Arkib Negara United Kingdom dan rekod-rekod Jabatan Negara AS yang diakses dari laman sesawang rasmi Arkib Jabatan Luar AS (Office of Historians). Bahan-bahan sekunder yang terdiri daripada buku, artikel dan bahan-bahan atas talian. Dapatan utama penulisan ini membuktikan elemen ‘soft power’ iaitu bantuan ekonomi dan sosial telah membentuk persekitaran politik baru di Indonesia semasa era Order Baru. Tujuan bantuan-bantuan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pengaruh di rantau ini dalam menyekat ancaman komunis di Asia Tenggara (AT) semasa Perang Dingin.

Item Type:Article
Keywords:Order Baru; Presiden Suharto; Presiden Sukarno; Soft power; Perang Dingin
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18463
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2022 04:33
Last Modified:18 Apr 2022 07:01

Repository Staff Only: item control page