Perjanjian Anglo-Siam 1909 : pengukuhan imperialisme British dan liabiliti kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1920

Mohd Shazwan Mokhtar, (2021) Perjanjian Anglo-Siam 1909 : pengukuhan imperialisme British dan liabiliti kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1920. AKADEMIKA, 91 (3). pp. 155-169. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422

Abstract

Artikel ini menilai impak Perjanjian Anglo-Siam 1909 terhadap campur tangan British terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU) dan impaknya terhadap liabiliti kewangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Kedudukan NNMU yang mempunyai autonomi kerajaan negeri sering dijadikan hujah bahawa NNMU merupakah negeri yang merdeka. Walau bagaimanapun, campur tangan British melalui pelantikan ejen dan penasihatnya dalam Majlis Mesyuarat Negeri menimbulkan persoalan apakah bidang kuasa British di NNMU? Selain itu, Artikel 4 Perjanjian Anglo-Siam melibatkan secara langsung NNMB bagi pengukuhan pengaruh British di selatan Siam dan NNMU melalui Perjanjian Kereta Api NNMB-Siam 1909. Kerajaan British menjadikan NNMB sebagai penanggung imbal balik kepada Siam yang bersetuju dengan Perjanjian Anglo-Siam 1909. Penglibatan NNMB ini menimbulkan persoalan bagaimanakah Perjanjian Kereta Api NNMB-Siam 1909 memberi manfaat kepada kepentingan British? Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan sejarah dengan mengumpukan sumber primer dari Pejabat Tanah Jajahan, kerajaan NNMB dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil kajian mendapati kedua-dua perjanjian ini merupakan strategi imperial British membendung kemaraan kuasa asing di selatan Siam. Pasca Perjanjian Anglo-Siam juga menyaksikan British mempunyai kuasa kawalan pentadbiran terhadap NNMU dengan mengekalkan kedudukan sultan sebagai pemerintah berdaulat. Pengukuhan imperialisme tersebut membuka ruang kepada British untuk membangunkan jaringan komunikasi di Tanah Melayu. Manfaat yang diperolehi British ialah penguasaan sumber ekonomi di selatan Siam dan NNMU; mengaut keuntungan daripada faedah pinjaman oleh kerajaan NNMB; menghubungkan jaringan wayarles imperial dengan stesen telegraf di Tanah Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Ekonomi politik; Komunikasi imperial; Kereta api; Kolonialisme; Sejarah global
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18467
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2022 05:38
Last Modified:18 Apr 2022 07:07

Repository Staff Only: item control page