Pengunduran perdagangan bebas British dan kebangkitan neomerkantilisme di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1926-1939

Mohd Shazwan Mokhtar, and Mohd Samsudin, and Suffian Mansor, (2021) Pengunduran perdagangan bebas British dan kebangkitan neomerkantilisme di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1926-1939. AKADEMIKA, 91 (3). pp. 171-189. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422

Abstract

Artikel ini mengkonstruksi pensejarahan ekonomi Tanah Melayu ketika tahun antara perang dengan tumpuan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Sebagai pembekal bahan mentah utama empayar British kedudukan NNMB sering mendapat perhatian kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan. Walau bagaimanapun, pensejarahan ekonomi imperial ketika tahun antara perang sering memberi tumpuan terhadap Dominions tanpa melibatkan negeri naungan, khususnya NNMB. Batasan kajian ini menyebabkan pembangunan ekonomi di NNMB seolah-olah tidak dipengaruhi dasar ekonomi imperial. Oleh sebab itu, sejarah ekonomi Tanah Melayu sering terikat dengan kerangka perdagangan bebas, sedangkan berlakunya kebangkitan neomerkantilisme di Britain selepas Perang Dunia Pertama. Justeru, artikel ini membuktikan pengaruh neomerkantilisme dalam struktur ekonomi kolonial di NNMB. Tumpuan diberikan terhadap pelaksanaan dasar ekonomi imperial oleh pihak kolonial yang digubal sejak Persidangan Imperial 1926. Kaedah kajian sejarah digunakan untuk mengenal pasti ciri sistem merkantil di NNMB dengan meneliti sumber primer seperti CO 273, 717, 885, CAB 24, T176 dan dokumen pentadbiran kolonial NNMB. Hasil kajian mendapati, sejak tahun 1920-an, dasar ekonomi imperial dipengaruhi dasar Joseph Chamberlain yang bersifat neomerkantilisme. Keutamaan imperial, pembangunan perdagangan antara empayar dan pembangunan produk tropika merupakan dasar neomerkantilisme yang dilaksanakan di NNMB.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah ekonomi; Imperialisme British; Neomerkantilisme; Perdagangan global; Empayar kolonial
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18468
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2022 06:05
Last Modified:18 Apr 2022 07:09

Repository Staff Only: item control page