Sekali air bah, sekali pantai berubah : evolusi kefahaman mengenai perpaduan di Malaysia

Shamsul Amri Baharuddin, (2021) Sekali air bah, sekali pantai berubah : evolusi kefahaman mengenai perpaduan di Malaysia. AKADEMIKA, 91 (3). pp. 201-215. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
961kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422

Abstract

‘Perpaduan’ ialah sebuah konsep yang telah diwar-war luas, dibincang dan dikajiselidik semenjak peristiwa konflik etnik pada 13 Mei 1969. Sebelum konsep perpaduan diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua, 1971-75, konsep ‘kesatuan’ lebih kerap digunakan mencirikan sifat sosio-politik Malaysia. Alasan konsep perpaduan diperkenalkan selepas 1969 ialah kerana masyarakat Malaysia dianggap sudah berpecah belah dan perlu dikembalikan pada suatu keadaan yang mengamalkan perpaduan, khususnya menggunakan pendekatan perancangan pusat, atau institusi Rancangan Lima-Tahun Malaysia yang sedia ada. Untuk lima tahun pertama selepas 1969 konsep perpaduan awal bertindak sebagai satu konsep dan matlamat tunggal negara. Selepas Malaysia makmur maka ditubuhkan Majlis Konsultatif Negara pada 2013 untuk meneliti keadaan perpaduan terkini justru kemudiannya diperkenalkan konsep perpaduan bercorak tiga serangkai – perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Semenjak ditubuh kembali Kementerian Perpaduan Negara pada Mac 2020 Dasar Perpaduan Negara, Blueprint Perpaduan Negara, Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Indeks Perpaduan Nasional konsep perpaduan tiga serangkai diaplikasikan dalam dokumen berkenaan. Esei ringkas ini ialah sebuah naratif mengenai evolusi dan signifikannya konsep perpaduan dalam konteks sejarah moden Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Perpaduan awal; Perpaduan terkini; Perpaduan tiga serangkai ‘perpaduan; Kesepaduan dan penyatupaduan; Kementerian Perpaduan Negara; Dokumen rasmi mengenai perpaduan negara
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18470
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2022 06:23
Last Modified:18 Apr 2022 07:11

Repository Staff Only: item control page