Peningkatan kreativiti saintifik murid : intervensi pembelajaran integrasi STEM berkontekskan Sains Forensik

Noor Fadzilah Aris, and Mohd Ali Samsudin, and Nor Asniza Ishak, (2021) Peningkatan kreativiti saintifik murid : intervensi pembelajaran integrasi STEM berkontekskan Sains Forensik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46 (1(SI)). pp. 11-21. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
264kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1431

Abstract

Cabaran semasa dalam sistem pendidikan Malaysia adalah untuk menyediakan pendidikan berkualiti yang mampu menghasilkan modal insan bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran-kemahiran kritikal alaf ke-21. Pada masa yang sama, PPPM 2013-2025 turut menggalakkan rakyat Malaysia agar terlibat dengan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kerana sesungguhnya kemajuan teknologi dan pembangunan ekonomi masyarakat hari ini didorong oleh STEM. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan pendekatan Pembelajaran Integrasi STEM Berkontekskan Sains Forensik (PISTEM Forensik) terhadap perolehan kreativiti saintifik dalam kalangan murid tingkatan empat, dan kesannya berdasarkan jantina. Kajian ini berbentuk eksperimen kuasi yang melibatkan 67 orang murid tingkatan empat (31 perempuan dan 36 lelaki) daripada dua buah sekolah berlainan. Pengumpulan data telah dijalankan melalui Ujian Kreativiti Saintifik yang diberi kepada kedua-dua kumpulan murid yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada kreativiti saintifik murid yang mengikuti pendekatan PISTEM Forensik pada aras p<.05. Implikasi kajian ini kepada sekolah adalah penambahbaikan dalam penerapan kemahiran kreativiti saintifik yang berkesan terhadap para pelajar. Kesimpulannya, pendekatan PISTEM Forensik dapat meningkatkan perolehan kreativiti saintifik murid sekolah menengah.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran Integrasi STEM; Sains Forensik; Kreativiti Saintifik
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:18488
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Apr 2022 02:00
Last Modified:21 Apr 2022 00:34

Repository Staff Only: item control page